Penutupan Lorong Secara Berperingkat Di Laluan Masuk R&R Genting Sempah Bagi Kerja-Kerja Menaiktaraf Jalan
ANIH Berhad, pemegang konsesi bagi komponen Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT 1) akan menjalankan kerja-kerja menaiktaraf dan penurapan jalan di laluan masuk ke kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Genting Sempah bagi meningkatkan lagi tahap keselamatan dan keselesaan pengguna.
Sehubungan itu, penutupan lorong secara berperingkat akan dilaksanakan bermula 1 hingga 11 Ogos 2016 di laluan masuk ke kawasan R&R berkenaan. Sila ambil maklum bahawa laluan sementara ke R&R Genting Sempah untuk tempoh berkenaan hanya dibuka untuk kenderaan ringan sahaja, manakala pada 11 Ogos, R&R tersebut akan ditutup sepenuhnya kepada semua jenis kenderaan bermula dari jam 8 pagi hingga 10 malam.
Oleh itu, semua pengguna yang ingin memasuki R&R Genting Sempah dinasihatkan mematuhi papan tanda serta arahan yang diberikan petugas dilokasi. (Sila rujuk peta laluan sementara dan kemudahan parkir yang disediakan).
ANIH Berhad mengucapkan terima kasih di atas perhatian dan kerjasama semua pelanggan lebuh raya.
Untuk sebarang maklumat, sila ikuti medium komunikasi seperti Facebook Lebuhraya Pantai Timur dan laman Twitter @LPTTrafik bagi mengetahui status dan keadaan terkini serta isu-isu lain di sepanjang jajaran lebuh raya di bawah kendalian ANIH Berhad. Pengguna juga dinasihatkan untuk mengikuti akaun laman sosial LPT untuk merancang perjalanan.
Mesej turut di paparkan menerusi papan tanda elektronik (VMS) di sepanjang lebuh raya bagi membolehkan pengguna membuat persediaan awal dengan berhenti di kawasan R&R atau hentian sebelah yang lain, jika perlu.
ANIH Berhad mengucapkan terima kasih atas perhatian dan kerjasama dari semua pengguna lebuh raya dan Syarikat akan cuba untuk memberikan pengalaman R&R yang selesa dan terbaik untuk anda.
No Comment