Berita Auto

Renault Akan Keluarkan Lebih Kereta ‘Beremosi’

Ketua pereka Renault, Laurens Van Den Acker mahukan jenama kereta Renault mencetuskan emosi yang mendalam pada pelanggannya. “Jika ia tidak menggoda, gagal lah kami,” kata Ketua Rekaan kelahiran Holland ini.

Renault01

Apabila saya berfikir tentang Perancis, saya terfikir tentang godaan. Bila orang pergi ke Perancis mereka jatuh cinta dengan gaya hidup orang Perancis, cara hidup mereka, jadi pertama-tamanya kereta kami perlu menggoda. Kalau ia tidak menggoda, maka kami gagal.  Visi saya adalah bila mereka membeli kereta buatan Perancis, mereka sebenarnya membeli sebahagian dari Perancis, dengan harapan dapat bercuti di sana. Saya tidak rasa orang yang membeli kereta buatan Jerman semestinya mahu bercuti di sana.  Godaan Perancis ini adalah unik dan sebab itulah saya bekerja keras memastikan jenama Renault menjadi latin sensual, menggabungkan nilai latin yang terbaik dengan nilai solid.  Pada saya, kereta buatan German adalah dingin, manakala Itali panas dan Perancis adalah mesra.  Jika kami mempunyai kereta buatan German yang berkualiti dengan citarasa latin, maka kami telah mendapat satu kombinasi yang sempurna.  Saya harap inilah yang dapat kami luahkan pada kereta buatan kami seperti Clio, Captur dan semuanya yang dihasilkan selepas ini.

Ini berlaku atas beberapa sebab.  Pertama, reka bentuk telah mengukuhkan kedudukannya sebagai ciri yang paling utama di dalam industri ini. Pembuat automotif sedar bahawa mereka perlukanrekaan untuk berjaya kerana rekaan  kekal di tempat pertama kenapa pelanggan membeli.  Sudah tentu, kita juga perlu keteguhan, tetapi reka bentuk adalah faktor yang paling penting. Kedua, keupayaan teknologi dan kejuruteraan telah meningkat dengan meluas, oleh itu kebanyakan rekaan kami kini mampu dibina. Ketiga, saya rasa kita sekarang sedang berada dalam era rekaan automotif yang menerujakan kerana kita mempunyai pasaran baru yang dibuka seperti di Brazil, Russia dan China.  Orang ramai membeli kereta untuk kali pertama dengan perasaan cinta terhadap automobil yang sekarang sudah mula berlaku.  Ini adalah perasaan yang sama kita alami di Eropah pada tahun 1950an dan 60an, apabila orang ramai dikenalkan dengan kereta, kemudian jatuh cinta dan mahu memilikinya.  Perasaan ini sudah sukar untuk dicari di Eropah ketika ini, tetapi jika anda keluar dari Eropah, ia ada di mana mana.

Renault03

Ia mungkin kesan kumulatif. Saya bukan kata perintis kami kurang berbakat kerana telah banyak kereta yang bagus dihasilkan pada setiap dekad.  Perintis kami terpaksa berjuang lebih untuk pastikan rekaan mereka berada di tempat teratas.  Perintis saya, Patrick Le Quement, terpaksa berjuang untuk mendapat tempat dalam industri automotif.  Sejujurnya, kami kini beruntung.  Sebagai tambahan, persefahaman tentang pentingnya rekaan dengan pihak pengurusan semakin meningkat.  Jadi, dalam banyak cara, pekerjaan kami sebagai ketua Pereka semakin mudah. Kami tidak perlu mempertahankan kewujudan kami lagi.

Bila kami melihat hasilnya, ia bukan lah semudah hitam dan putih.  Kami cuba untuk mentafsirkan keputusannya.  Saya sentiasa mendengar dan melihat apa saja hasil kajian para penyelidik. Kami bertuah kerana mempunyai hubungan yang baik antara klinik pasaran dan penjualan yang berjaya.  Sebagai contoh, uji pandu model Clio baru berjalan dengan baik dan penjualannya juga bagus.  Model Captur mendapat ujian pasaran terbaik sepanjang 20 tahun di Renault dan kami baru saja meningkatkan pengeluarannya kepada 2 kali ganda.  Klinik adalah salah satu dari faktor yang menentukan samada kereta itu boleh bertahan atau tidak.

Renault02

 

Previous post

Toyota Hibrid Laris Di EU

Next post

Mercedez-Benz C 250 AMG Bermula Dari RM339,888.00

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *