Berita Auto

Toyota Camry Kemewahan Terbaharu

Apakah yang akan anda lakukan pabila anda mempunyai kereta yang paling laris dalam segmennya dan beberapa pesaing anda, semakin mengancam? Anda mencari jalan untuk menjadikannya lebih baik. Itulah yang Toyota telah lakukan dengan pengenalan Sedan Eksekutif Camry baharu ini. Toyota telah merombak semula kesemuanya sampailah ke casis dan membinanya balik dari bawah ke atas, meningkatkan tahapnya sekali lagi dalam segmen sedan eksekutif yang amat sengit persaingannya.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Sedan Camry sudah lama menjadi kegemaran eksekutif/ keluarga selama bertahun-tahun dan hanya baru-baru ini permintaannya mula mengurang memandangkan persaingan yang semakin kuat dari Mazda6, Hyundai Sonata dan sudah tentu tidak lupa juga dari Honda Accord baharu. Oleh kerana ini, perancang produk Toyota dengan serta merta memulakan perancangan untuk membawa ke pasaran Camry yang baharu, bukan serba baharu, tetapi dengan penampilan yang disemak semula dan yang lebih penting, enjin baharu dengan kotak gear 6-kelajuan yang amat dalam permintaan.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Camry baharu ini mempunyai profil yang lebih rendah dan garis gaya bersih dari depan ke belakang. Semua empat penjuru ditarik masuk ketat ke gerbang roda, mewujudkan bahagian tersendiri. Wheelbase Camry baharu telah dipanjangkan justeru keseluruhan kenderaan itu lebih seinci, menyebabkan overhang yang pendek dan dalaman yang lebih luas. Camry baharu mempunyai muka baharu dengan chrome yang kurang menonjol digunakan tetapi bersinaran yang lebih halus.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

 

Spesifikasi Toyota Camry 2.0L

Enjin: DOHC 16V Dual VVT-IW

Kapasiti: 1998cc

Kuasa Maksimum: 167bhp @ 6500rpm

Tork Maksimum: 199Nm @ 4600rpm

Kelajuan Maksimum: 217km/h

0-100km/h: 9.8 saat

Transmisi: 6-speed auto ECT

Harga: RM149,900.00

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Previous post

Honda Malaysia Tayang Accord Facelift Baharu

Next post

Auto Gear Anjakan Manakah Kegemaran Anda?

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *