Gaya Hidup / Lifestyle

Ford dan SDAC Tambah Keceriaan Sambutan Merdeka dengan Tawaran serta Promosi Menarik

Rakyat Malaysia boleh menantikan satu lagi musim cuti yang mengujakan pada bulan ini kerana Ford dan pengedarnya, Sime Darby Auto Connexion (SDAC) akan menawarkan rebat tunai yang menarik ke atas model-model terpilih di seluruh negara.

Mulai sekarang hingga 30 September, para pelanggan boleh menikmati rebat tunai sehingga RM15,000 untuk Kuga, RM13,500 untuk EcoSport serta RM8,000 bagi Focus dan Fiesta.

SDAC turut memberi ganjaran kepada pelanggan menerusi satu peraduan cabutan bertuah yang bemula sekarang hingga 31 Ogos.

AW_Merdeka_Leaflet_A4_Front_E

Pelanggan yang menempah dan mendaftar mana-mana kenderaan Ford dalam tempoh ini berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik seperti 200,000 AirAsia Big Points, unit navigasi GPS dan baucar membeli-belah bernilai RM500 setiap satu.

“Ketika kita sama-sama menyambut hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-59, kami berbesar hati untuk menawarkan promosi serta tawaran menarik ini kepada semua pelanggan setia,” kata Pengarah Urusan Sime Darby Auto Connexion, Syed Ahmad Muzri Syed Faiz.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Untuk maklumat lanjut mengenai promosi ini, sila layari laman web www.ford.com.my/nationaldaypromotion atau kunjungi mana-mana pengedar Ford.

Previous post

UMW Toyota Lancar Alphard dan Vellfire Baharu - Dari RM355,000

Next post

PROTON Memperluaskan Operasi 7 Hari Pusat-Pusat Servis

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *