Pemenang Bertuah Kempen Nissan UEFA Nikmati Juara Liga-liga 2016 di Eropah
Edaran Tan Chong Motors Sdn Bhd, pengedar tunggal kenderaan Nissan memberikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan kepada para pelanggan dan peminat bola sepak. Mereka berpeluang pergi ke Eropah serta menonton perlawanan peringkat separuh akhir dan akhir liga elit Eropah iaitu Liga Juara-juara UEFA di stadium.
Pada tahun 2014, Nissan telah menandatangani kerjasama global dengan UEFA selama empat tahun dan menjadi Penaja Utama Liga Juara-juara UEFA – perlawanan di antara kelab paling berprestij di Eropah. Musim itu bermula tahun lalu di Berlin dan perlawanan akhir di Milan menyaksikan satu lagi kerjasama mengujakan dengan Liga Juara-juara UEFA.
Pada bulan Mac dan April 2016, Edaran Tan Chong Motor menjalankan kempen Liga Juara-juara UEFA2015/16 kali kedua di mana dua orang pelanggan bertuah yang membeli sebuah kenderaan Nissan dipilih menikmati perjalanan yang ditanggung sepenuhnya untuk menonton perlawanan separuh akhir di Madrid, Sepanyol atau perlawanan akhir yang diadakan di Stadium San Siro, Milan, Itali.
Sempena kempen tersebut, ETCM turut menganjurkan peraduan “Me Waving The Flag” di laman Facebook Nissan Malaysia. Selfie bola sepak terbaik akan dipilih sebagai pemenang untuk mendapat tempat di peringkat akhir.
Kempen itu berakhir dengan dua orang pemenang yang terdiri daripada pembeli kereta baharu Nissan, Nurhafizah Binti Zainol (separuh akhir) dan Shee Ah Leek (akhir) telah dipilih. Sementara Mohd Fairus Bin Othman memenangi peraduan Facebook untuk menikmati pengalaman sekali seumur hidup, sumbangan Nissan, bagi menjadi Centre Circle Carriers dan berjalan masuk ke padang Stadium San Siro pada separuh masa pertama untuk mengibarkan bendera hitam putih yang ikonik itu.
PEMENANG SEPARUH AKHIR: Nurashikin Binti Zainol (mewakili kakaknya, Nurhafizah Binti Zainol) dan suaminya, Abdul Malek Faizal.
“Pertamanya, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ETCM kerana menganjurkan kempen ini sebagai tanda penghargaan buat para pelanggannya. Ia juga menjadi sebab saya dapat sampai di Sepanyol. Kakak saya nyata telah membuat pilihan terbaik apabila membeli Grand Livina kerana ia cukup luas untuk seisi keluarga. Ini merupakan kali pertama kami pergi ke negara Eropah dan saya sangat teruja. Kakitangan ETCM juga sangat membantu dan kami menikmati setiap momen perjalanan di sana. Menonton perlawanan dari dekat sememangnya sangat mengujakan dan menjadi pengalaman yang tidak akan kami lupakan.”
PEMENANG PERLAWANAN AKHIR: Shee Ah Leek, bertuah kerana dapat menonton perlawanan akhir Liga Juara-juara UEFA 2016 di Milan secara langsung di stadium San Siro yang menyaksikan Real Madrid C.F. membawa pulang trofi tersebut.
“Saya tidak pernah menyangka untuk menjadi pemenang bertuah. Membeli sebuah Almera merupakan satu pilihan keluarga kerana ia cukup luas dan bernilai untuk wang. Kami ialah peminat pasukan Real Madrid dan kami begitu dekat dengan trofi tersebut. Melihat peminat bersorak untuk pasukan mereka sememangnya satu pengalaman yang hebat untuk saya dan kawan. Selain menonton perlawanan akhir, ECTM juga ada mengadakan lawatan di kawasan bandar. Jadi kami berpeluang melihat semua tempat dan monumen sejarah yang mengagumkan.”
PEMENANG ME WAVING THE FLAG: Pemenang, Mohd Fairus Bin Othman nyata sangat gembira apabila beliau mendengar berita kemenangannya.
“Terima kasih ETCM dan Nissan atas peluang merasai pengalaman sekali seumur hidup ini, di mana kami boleh mengibarkan bendera di acara sukan tahunan yang paling banyak ditonton di dunia. Ini memang satu penghargaan terbaik kerana dapat mewakili Malaysia dan berpeluang berdiri di tengah-tengah stadium. Ini sememangnya pengalaman pertama dan saya sangat gembira.”
BERTEMU DUTA: Pemenang, Mohd Fairus juga sangat teruja kerana berpeluang berjumpa dengan pemegang rekod Liga Juara-juara UEFA, Clarence Seedorf.
“Berjumpa dengan Seedorf ialah satu mimpi yang menjadi kenyataan. Bertentang mata dengan beliau adalah satu pengalaman indah. Beliau sangat baik dan ramah!”
KEHADIRAN MODEL EV: Sebagai penaja automotif rasmi untuk Liga Juara-juara UEFA, Nissan telah membekalkan lebih 100 buah kereta elektrik kepada UEFA dan penaja-penaja berkaitan untuk membawa tetamu serta para pegawai sepanjang hujung minggu perlawanan akhir tersebut. Sebanyak 17 unit pengecas EV awam yang pantas dipasang di Milan dan di lapangan terbang berhampiran, hasil kerjasama dengan pihak A2A.
Nissan turut menyediakan sebuah van e-NV200 untuk membawa trofi Liga Juara-juara UEFA yang ikonik ke acara festival Juara-juara. Sementara Nissan Leaf pula bergerak ke stadium sebagai sebahagian daripada Perarakan Trofi UEFA.
FINAL 360: Bagi meraikan perlawanan akhir Liga Juara-juara UEFA, Nissan telah membawa jenama ini ke hadapan dari segi inovasi dan hiburan apabila menghasilkan siaran langsung 360 darjah di laman YouTube yang pertama seumpamanya di dunia melibatkan acara sukan utama. Ia memberi fokus kepada keterujaan para peminat di jalan-jalan di Madrid pada masa sebenar.
Akhirnya, Real Madrid memenangi perlawanan dan mencatat rekod merangkul Piala Eropah untuk kali kali ke-11 dengan mengalahkan Atletico Madrid menerusi penalti, selepas seri 1-1.
Bagi tahun ini, ETCM bukan sahaja menyaksikan akhir musim UEFA 2015/16 tetapi juga permulaan kempen baharu di mana pelanggan Nissan bertuah layak memenangi perjalanan yang ditanggung sepenuhnya untuk menyaksikan satu lagi pengalaman yang sukar dilupakan di Super GT Thailand.
No Comment