Sebab-Sebab Membeli Toyota Camry Hybrid
Adalah agak sukar untuk mempunyai apa-apa isu dengan Camry Hybrid ini. Sesuai dengan imej limosin, ridenya adalah cukup seimbang dan senantiasa menyerap ketidaksempurnaan jalan dan rongga tanpa berkubang atau keras jika tidak bersebab. Jarakroda panjang bermakna bahawa ketidaksempurnaan besar di permukaan jalanraya hampir tidak terasa di dalam. Di sekitar bandar, terima kasih kepada bulatan pusingan ketatnya, Camry ini mudah untuk dipandu di sekitar tempat letak kereta dan jalan-jalan bandar lama sempit Petaling Jaya bercanggah dengan dimensi ‘kereta-besar’nya.
Hidupkan enjin 2.5 liternya dan ia tenang, tenang membisik. Kabinnya terlindung dengan baik. Tekan minyak perlahan-lahan dan Camry ini hanya meluncur kehadapan. Tekan minyak habis dan janakuasa elektrik dan pembakaran sampaikan Mat Speed pun tertarik perhatian dengan kelajuannya kerana tork maksimum dihantar pada 4500rpm memberikan enjin maksimum kuasa dan tractability.
Kotak gear kendali lancar seperti sutera. Dengan nisbah gear yang baik, transmisi ini menjadikan perjalanan bertenaga dan purata penggunaan bahan api yang tidak seberapa.
Kotak gear semi-auto yang ditala dengan baik senanmenghantar kuasa dan enjin boleh berfungsi secara terbaik untuk hampir semua situasi. Sedan Camry ini menggunakan versi enjin Dual VVT-I kejuruteraan-Toyota yang ditala semula yang kami telah uji di bahagian teratas barisan Sedan Camry. Semasa idle, tidak ada bunyi enjin yang menyerap ke dalam kabin yang dilindungi dengan baik. Penggunaan bahan api adalah amat baik jika tidak dibawa laju selalu. Aliran udara bawah kenderaan dilicinkan dan ini meningkatkan kestabilan dan ekonomi bahan api, dan mengurangkan seretan.
Camry Hybrid ini datang dengan ciri-ciri keselamatan baharu yang mengagumkan seperti 7-beg udara, blind spot monitor, rear cross traffic alert system yang berguna apabila gostan keluar daripada ruang letak kereta, serta Nano-e TM purifier, sistem pembersihan udara yang membersihkan udara dengan ion negatif. Ia juga menawarkan, pertama dalam kelas, pengecas wayarles untuk pengguna hanya drop dan caj telefon pintar mereka.
Camry Hybrid ini mempunyai 270Nm tork dan masih memberikan penjimatan bahan api yang cemerlang. Hill Start Assist disediakan yang mempunyai keupayaan untuk menghalang kenderaan daripada gostan ke belakang apabila bermula di cerun manakala ABS dan Electronic Brake Distribution juga disertakan.
Camry 2 liter baharu berharga dari RM149,900 dan Hybrid berharga RM 174.900. UMW Toyota menawarkan program jaminan 8 tahun untuk bateri hibridnya.
Spesifikasi Toyota Camry Hybrid
Enjin: 4-cylinder 16V DOHC VVT-i
Kuasa: 160bhp @ 5700rpm
Tork: 213Nm @ 4500rpm
Sistem Kuasa Hybrid: 105PS
Sistem Tork Hybrid: 270Nm
Kapasiti: 2494cc
Transmisi: E-CVT
Kelajuan: NA
0-100km/h: NA
Harga: Dari RM174,900.00
No Comment