Ford Bekerjasama dengan SEMA Builders membina Trak F-150
Dari kehandalan di luar jalan hingga ke prestasi di atas jalan, versi buatan Ford F 150 baru 2015 – paling pintar, kukuh dan berkeupayaan ini akan bersaing bagi merebut anugerah ‘Trak Terhebat’ di Specialty Equipment Market Association tradeshow di Las Vegas, November ini. Anugerah SEMA ini telah dimenangi oleh trak Ford F Series 4 tahun berturut turut, mengikiraf kenderaan paling popular yang akan dipamerkan dalam acara minggu itu. Versi buatan khas F-150 baru ini akan dipamerkan di tingkat SEMA. Ia termasuk:
Projek Deegan 38 projek membina hubungan peribadi antara Brian Deegan dari Ford Racing dan F-150 baru dengan enjin 3.5 liter, turbo berkembar EcoBoost®. Pemimpin industri termasuk Addictive Desert Designs, Mickey Thompson Performance Tires & Wheels, FOX Racing Shox, KC Hilites, Mastercraft Safety, Rockford Fosgate, Full-Race Motorsports, Leading Edge Tuning, ProEFI dan SCT Performance bergabung tenaga untuk memberikan peminat ekstrem sukan motor satu contoh trak yang paling maju didunia.
‘Edisi F-150 perlu memberi inspirasi kepada peminat yang menggemari pemanduan luar jalan untuk mencuba apa saja kemungkinan dengan Trak 2015 F-150 dan enjin EcoBoost 3.5 liter yang mengagumkan,’ kata Deegan.
Ia mempunyai 12 inci King shock-controlled travel menerusi suspensi yang diperbuat khas, Kibbetech, dan 2015 F-150 ini yang dibina oleh Formula DRIFT superstar Vaughn Gittin Jr direka sepenuhnya untuk mendapatkan penjimatan berat dan tork yang serius yang ditawarkan oleh F-150 baru ini. Dengan keunikan, gaya agresif dan pemanduan Air Lift Performance, trak baru ini direka untuk memberikan satu keseronokan memandu dan adrenaline
‘Saya suka trak, dan untuk membina sebuah yang mempunyai keupayaan atasi dan luar jalan raya, juga keupayaan drift dan jumping adalah sesuatu yang saya sentiasa mahu lakukan,’ kata Gittin. “Saya benar-benar teruja dengan kehadiran F-150 di SEMA tahun ini.’
No Comment