Berita Auto

Koleos Semua Baru Dipratonton di Malaysia – SUV Premium Segmen-D Untuk RM172K

TC Euro Cars (TCEC), pemegang francais tunggal kereta Renault di Malaysia, hari ini mempratonton buat kali pertama di Malaysia, SUV perdana baharu Renault – Koleos yang serba baharu.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Direka untuk memenuhi keperluan pembeli SUV seluruh dunia Koleos serba baharu sesuai dan sempurna untuk  barisan mewah Renault.

DRIVING IN TOWN

Ruang kabinnya pemecah rekod, Bilangan peralatan banyak. Koleos semua-baharu menjadi rujukan dalam kelasnya untuk keselesaan dan penghalusan.

IN LOCATION - STATIONARY SHOT - RIGHT-HAND DRIVE

SUV perdana baru yang dinanti-nantikan dari Renault dijangka masuk bilik pameran Renault bermula pertengahan Oktober 2016.

00107838 copy

Sebelum itu, TCEC akan mengadakan pratonton untuk orang awam di Mid Valley Mega Mall, Center Court, Tingkat Bawah dari 07-11 September 2016.

E3 VERSION - TITAN BLACK LEATHER TRIM - REAR BENCH SEAT - CENTRAL ARMREST

Enjin ialah 2.5 liter petrol dipadankan dengan transmisi automatik X-Tronic CVT baharu untuk meningkatkan prestasi dan keseronokan memandu sambil mengoptimumkan penggunaan bahan api.

CENTRAL CONSOLE - BROWN LEATHER TRIM - BLUE LIGHTING ATMOSPHERE - RIGHT-HAND DRIVE

Kuasa maksimum 171PS dan tork puncak 226Nm.

E3 VERSION - LEATHER STEERING WHEEL - RIGHT-HAND DRIVE

Ia juga sangat responsif pada kelajuan enjin rendah dan pertengahan, dengan 200Nm tork didapati dari serendah 1,800rpm.

DASHBOARD - BROWN LEATHER TRIM - RIGHT-HAND DRIVE

Renault Koleos serba baru boleh didapati denagn harga pengenalan yang diumumkan sebelum ini: RM172,800 di Semenanjung Malaysia dan RM116,800 di Langkawi (on-the-road termasuk GST, tanpa insurans dan untuk pendaftaran persendirian).

ELECTRIC WINDOWS CONTROL AND ELECTRICAL ADJUSTMENT OF REAR-VIEW MIRRORS - RIGHT-HAND DRIVE

Warna badan yang bergaya dan  reka bentuk roda terpilih untuk SUV perdana baharu Renault memastikan keanggunan tertentu:

  • Empat warna badan: Universal White, Grey Metallic, Black Metallic dan Meissen Blue
  • Reka bentuk roda:  Argonaute roda aloi 18 inci

STATIONARY ON LOCATION

Datang dengan lima tahun jaminan pengilang penuh dengan perbatuan tanpa had. Waranti ini disokong sepenuhnya oleh Renault dan bukan dilaksanakan oleh mana-mana syarikat insurans yang lain, yang bermaksud terma dan syarat serta bahagian-bahagian yang diliputi adalah konsisten dari tahun pertama pemilikan kepada akhir tempoh jaminan.

DRIVING IN TOWN

Orang ramai yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang Renault Koleos serba baharu dan menerima maklumat terkini digalakkan untuk mendaftarkan minat mereka di www.renault.com.my.

 

 

Previous post

Pandu Uji: Peugeot 408 e-THP

Next post

Skoda Mendedahkan Bahagian Dalam SUV Kodiaq Sebelum Pelancaran Sedunianya

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *