Berita Auto

Ini Dia Audi A5 Sportback Baharu

Audi telah memperlihatkan A5 Sportback yang terkini, tujuh tahun selepas model itu diperkenalkan buat pertama kali. Coupe lima pintu itu dijangka akan membuat penampilan sulungnya di Paris Motor Show yang akan berlangsung pada hujung bulan ini.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Selain daripada rekaan yang lebih kemas, model baru ini juga didatangkan dengan suspensi baru, prestasi yang lebih mantap, sistem bantuan pemandu yang inovatif serta ciri-ciri perhubungan dan infotainmen yang dipertingkatkan.

Gril ‘Singleframe’ yang menjadi trademark Audi kini lebih rata dan lebar dari sebelumya dan ia dipadankan dengan lampu hadapan yang boleh didapati dengan LED atau Matrix LED dengan lampu isyarat dinamik. Garis badan coupe itu juga menyerlah dengan adanya pintu tak berbingkai dan spoiler belakang.

Audi A5 Sportback

A5 Sportback juga 85 kg lebih ringan dari model sebelum ini dengan berat keseluruhan 1,470 kg hasil dari penggunaan bahan-bahan ringan. Bukan itu sahaja, malah ia juga mempunyai kecekapan rintangan angin yang rendah iaitu 0.26.

A5 Sportback baru akan dilancarkan dengan lima pilihan enjin: dua TFSI dan tiga TDI, masing-masing menghasilkan kuasa di antara 190 hp hingga 286 hp. Menurut Audi, enjin-enjin ini mempunyai peningkatan prestasi sebanyak 17 peratus namun pada masa yang sama menikmati 22 peratus penjimatan bahan api.

Audi A5 Sportback

Bergantung kepada enjin, A5 Sportback ditawarkan dengan tiga pilihan transmisi iaitu S Tronic dwi-klac tujuh kelajuan, Tiptronic lapan kelajuan dan manual enam kelajuan.

Varian yang paling berkuasa adalah S5 Sportback yang menampilkan enjin 3.0 TFSI V6 dengan 354 hp dan 500 Nm. Dengan kotak gear Tiptronic lapan kelajuan dan sistem pacuan empat roda Quattro, ia hanya memerlukan 4.7 saat untuk memecut dari 0 hingga 100 km/j. Selain itu, A5 Sportback juga boleh didapati dalam varian g-tron yang menggunakan e-gas Audi, gas asli atau gasolin.

Audi S5 Sportback

Dari sudut pengendalian, A5 Sportback didatangkan dengan stereng kuasa elektromekanikal terkini yang menjanjikan ketepatan dan maklumbalas yang lebih baik. Namun, Audi juga menawarkan stereng dinamik dengan nisbah gear automatik yang berubah mengikut kelajuan dan sudut stereng. Audi Drive Select untuk pilihan mod pemanduan juga disertakan seperti kenderaan Audi yang lain.

Di dalam, A5 Sportback menampilkan rekaan kabin yang terasa canggih dan luas dengan pelbagai bahan berkualiti tinggi serta lampu ambien dengan 30 warna untuk dipilih. Kokpit virtual Audi dengan skrin TFT sebesar 12.3 inci lengkap dengan Android Auto dan Apple CarPlay juga tersedia.

Audi S5 Sportback

Pelanggan yang memilih pakej infotainmen teratas akan mendapat pelbagai ciri tambahan seperti head-up display, sistem navigasi MMI, kad sim Audi Connect serta sistem bunyi Bang & Olufsen dengan 19 pembesar suara.

Teknologu lain yang disertakan termasuklah Active Lane Assist, Adaptive Cruise Control dengan bantuan kesesakan trafik yang mengambil alih pemanduan kereta sehingga 65 km/j, dan pelbagai lagi.

Audi A5 Sportback

Audi A5 Sportback baharu akan mula dijual di Jerman dan negara-negara Eropah yang lain pada awal 2017 dengan harga bermula dari EUR37,800 untuk A5 Sportback dan EUR62,500 untuk S5 Sportback.

 

Previous post

Shell Perkenal Botol Select water2go Edisi Terhad Rekaan Cheeming Boey

Next post

Giliran Volvo S60 T6 Pula Diiktiraf EEV

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *