Koenigsegg Agera RSR – Terhad kepada 3 Unit Sahaja di Jepun
Berita baik untuk pemilik dan peminat Koenigsegg di Jepun, pengeluar hypercar dari Sweden itu telah melancarkan model RSR Agera yang terhad kepada tiga unit sahaja,
Ketiga-tiga kereta tersebut merupakan sebahagian daripada siri Agera RS, yang mempunyai 25 unit kesemuanya. Oleh itu, ia tidaklah terlalu berbeza dengan Agera RS yang lain tetapi tetap menampilkan ciri-ciri dalaman dan luaran yang tersendiri hasil dari rundingan bersama dengan pelanggan.
Agera RSR didatangkan dengan spoiler belakang dinamik yang hampir sama dengan model One:1. Bukan sahaja kereta bertambah cantik, spoiler besar itu juga menghasilkan downforce yang lebih tinggi dan pengendalian yang lebih baik.
Air intake scoopnya juga hampir sama dengan yang terdapat pada One:1, namun dengan reka bentuk yang lebih pendek bagi membolehkan bumbung kereta disimpan di belakang. Ia nyata tidak menjejaskan prestasi enjin V8 twin-turbonya, yang kini menghasilkan 1,160 hp.
Menurut Koenigsegg, ketiga-tiga Agera RSR akan disampaikan kepada pemilik masing-masing tidak lama lagi.
No Comment