Gaya Hidup / Lifestyle

Siri GT Asia Kembali ke Shanghai Untuk Acara Terakhir Musim Ini

Akibat kelewatan dalam peringkat akhir pembinaan litar Zheijiang, penganjur siri GT Asia iaitu Motorsport Asia Ltd. terpaksa menukar lokasi acara terakhir musim ini ke litar Shanghai, di mana dua pusingan terakhir siri itu akan dijalankan.

Baru sahaja menyaksikan penamat paling sengit dalam sejarah perlumbaan itu tiga minggu lalu, Shanghai akan menjadi hos sekali lagi bermula dari 21 hingga 23 Oktober ini.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

“Kami mempunyai rancangan besar untuk Zhejiang dan telah menyokong sepenuhnya cadangan mereka untuk membangunkan satu lagi tempat antarabangsa yang besar di China, tetapi malangnya walaupun jaminan sepanjang tahun, mereka telah gagal untuk menyiapkan pembinaan litar lebih awal daripada tarikh yang dijadualkan, jadi kami tidak mempunyai pilihan lain tetapi untuk mencari tempat alternatif,” kata David Sonenscher, Ketua Pegawai Eksekutif Motorsport Asia Ltd.

“Jadual kami akan sedikit berbeza kali ini. Kelayakan akan diadakan pada petang Jumaat, dengan perlumbaan kedua terakhir musim ini pada pagi Sabtu dan perlumbaan terakhir pada petang Ahad, di mana kita akan memahkotai juara siri GT Asia 2016,” tambah Sonenscher.

Previous post

Mercedes-Benz CLA Facelift Dilancarkan - Harga dari RM236,888

Next post

Infiniti Menerangkan Penggunaannya Colour Dalam Video Baharu Ini

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *