Volvo V90 Cross Country – Bukan Wagon Biasa
Barisan kenderaan Siri 90 Volvo akhirnya lengkap dengan pengenalan model terbaru iaitu V90 Cross Country. Diperkenalkan buat pertama kali hampir 20 tahun lalu, tidak keterlaluan untuk mengatakan yang model Cross Country telah membuatkan jenama itu sinonim dengan prestasi lasak dalam pelbagai jenis cuaca.
Menggunakan resepi yang sama, V90 Cross Country ditinggikan sedikit dan dipasang dengan kemasan plastik di bahagian tepi badan dan fender, serta rekaan bampar hadapan dan belakang yang sedikit berlainan dengan skid plate aluminium. Hasilnya, ia tampil lebih besar dan gagah berbanding dengan V90.
Tiada maklumat rasmi berkenaan enjin dan transmisi V90 Cross Country, namun kami menjangkakan ia akan tampil dengan rangkaian kuasa yang sama dengan model siri 90 yang lain dengan tambahan pacuan empat roda.
Menurut Volvo, model tersebut diuji di negara kelahirannya iaitu Sweden, di mana cuaca sejuk dan 77 peratus permukaan bumi yang terdiri dari tasik dan hutan menjadikan ia tempat paling sesuai untuk ujian ketahanan. Kenderaan itu turut di uji di gurun panas di Arizona, Amerika Syarikat.
No Comment