Yamaha Y15ZR GP Edition Dilancarkan – RM8,634
Penglibatan Yamaha dalam perlumbaan MotoGP melalui pasukan Movistar Yamaha telah terbukti membuahkan hasil. Untuk meraikannya, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) telah melancarkan Y15ZR GP Edition baharu dengan warna dan grafik racing sama seperti yang dipakai oleh Valentino Rossi dan Jorge Lorenzo.
Digelar sebagai “raja jalanan”, Y15ZR mempunyai 15.1 hp dan 13.8 Nm tork yang dihasilkan oleh enjin 150 cc silinder tunggal dengan teknologi sejukan cecair dan suntikan bahan api. Kuasa dihantar ke tayar belakang melalui transmisi lima kelajuan.
Menurut HLYM, Y15ZR GP Edition dijual sedikit mahal berbanding model biasa iaitu pada harga RM8,634.76 selepas GST, tidak termasuk cukai jalan, insurans serta nombor plat.
No Comment