BMW Golf Cup International 2016 Kembali ke Malaysia
BMW Group Malaysia bakal menganjurkan pertandingan BMW Golf Cup International di Malaysia sekali lagi pada tahun ini. Sudah memasuki tahun ke-10, ia merupakan acara pertandingan golf amatur yang paling besar dan berprestij di negara ini.
Pusingan pertama dan kedua pertandingan golf pada tahun ini akan bermula di Kota Permai Golf & Country Club pada 28 dan 29 September, jam 8.00 pagi. Manakala pusingan akhir dijadual mengambil tempat di TPC Kuala Lumpur pada 30 November depan.
BMW Golf Cup International ialah siri pertandingan golf amatur paling besar di dunia. Ia hanya terbuka untuk pemilik kenderaan BMW yang membeli kenderaan daripada pengedar sah BMW.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia, Han Sang Yun berkata, “Siri BMW Golf Cup International bermula di Jerman pada tahun 1987. Sejak itu, ia menjadi antara pertandingan golf amatur paling berjaya dan berprestij di dunia. Malah, ia terbukti menjadi penanda aras pertandingan golf di Malaysia dan di seluruh dunia.”
Sejak beberapa tahun lalu, BMW Golf Cup International cukup dikenali kerana kualiti, kecemerlangan dan konsistensinya. Ia berjaya merapatkan hubungan para pemain dengan motivasi untuk berjaya di atas padang, menerusi satu pengalaman bermain golf yang sebenar, eksklusif buat para pemilik kenderaan BMW di seluruh dunia.
Jelas Han lagi, “Komitmen ke atas pertandingan golf turut melibatkan aspek membina kepercayaan menerusi kesinambungan, kreadibiliti, kecekapan, kemahiran dan sofistikasi. Ini merupakan antara ciri sama yang mendefinisikan BMW sebagai satu jenama. Pertandingan golf ini juga membolehkan pasukan yang menang untuk menonjolkan kemampuan mereka di peringkat antarabangsa, apabila mewakili Malaysia untuk bersaing dengan juara-juara dalam acara World Final nanti.”
Tahun ini, pertandingan di Malaysia merangkumi lapan Pusingan Kelayakan dan satu Peringkat Akhir Kebangsaan. Kategori-kategori rasmi termasuklah Lelaki A, Lelaki B dan Wanita, terbuka kepada semua pemilik kenderaan BMW yang membeli daripada mana-mana pengedar sah BMW. Untuk meningkatkan jangkauannya, pertandingan ini memperkenalkan kategori Jemputan dan Kakitangan. Ia membuka penyertaan kepada pemilik kenderaan BMW yang tidak membelinya daripada pengedar sah BMW, selain kakitangan pengurusan BMW Group Malaysia, pengedar BMW atau rakan-rakan acara ini.
Hadiah utama terdiri daripada Juara, Tempat Kedua, Tempat Ketiga dan empat hadiah penting seperti Hole-In-One, Paling Hampir dengan Pin, Paling Hampir dengan Line dan Drive Paling Jauh.
Selaku penaja utama, BMW Credit akan menghadiahkan pemenang Hole-In-One dengan satu BMW 120i M Sport baharu dengan premium insurans pada setiap pusingan kelayakan. Sementara pemenang Hole-In-One pada pertandingan akhir peringkat kebangsaan bakal menerima satu BMW 730Li baharu dengan premium insurans. Para pemenang Paling Hampir dengan Pin dalam setiap peringkat kelayakan akan menerima rebat berjumlah RM 1,000 untuk Insurans BMW. Manakala pemenang di peringkat akhir akan menerima rebat RM 2,000.
Acara golf pada tahun ini disokong oleh BMW Credit, The Edge Malaysia, Gatorade, Corum, Golf Digest, The Peak, Adidas, Harman Kardon, Illy, L’OCCITANE, Plaza Premium Lounge dan Sunlight Limo.
Untuk mendaftar dan maklumat lanjut, sila hubungi BMW Voice melalui talian tol percuma 1-800-88-3000 atau layari laman web.
No Comment