Alami Kehebatan Mitsubishi Triton MIVEC Turbo Diesel bersama Leona Chin
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) bakal mengadakan Mitsubishi Triton Extra Hardcore Roadshow yang menampilkan Triton MIVEC Turbo Diesel yang dilancarkan baru-baru ini. Acara itu akan diadakan pada hujung minggu ini (1-2 Oktober 2016) di kawasan tempat letak kereta Setia City Convention Centre.
Roadshow itu turut menampilkan atlit sukan bermotor Malaysia iaitu Leona Chin yang akan menyajikan aksi memandu yang mendebarkan. Antara halangan yang disediakan termasuklah “sky ramp” 45-darjah dengan ketinggian 25 kaki, “roller ramp”, “side traverse” dan banyak lagi.
Selain dari Setia City, roadshow itu juga akan diadakan di lokasi-lokasi berikut:
Masuk adalah percuma dan pengunjung yang membuat tempahan ke atas mana-mana kenderaan Mitsubishi semasa roadshow it akan mendapat payung Ralliart istimewa, manakala mereka yang memandu uji mana-mana model juga akan mendapat hadiah eksklusif sementara stok masih ada.
Pengunjung juga berpeluang untuk beramah mesra dengan Leona Chin. Bukan itu sahaja, aktiviti menarik untuk kanak-kanak turut disediakan.
No Comment