Berita Auto

VW Tiguan Crossover Kompak Disahkan Untuk Malaysia Pada 2017

Dari segi sektor crossover kompak, Volkswagen ketinggalan berbanding persaingan. Tiguan yang berharga lebih tinggi dan bergaya kurang tidak menonjol dari banyak pesaingnya. Kerana itu Tiguan telah direka semula dan pengeluar kereta dari Jerman ini berharap ia cukup untuk hasil yang lebih baik.

volkswagen-crossblue-1

 

Bermula 2017, ia akan dibina di sebuah kilang Mexico. Populariti kenderaan tunggangan tinggi tidak pernah setinggi sekarang dan ia dijangka naik lebih tinggi. Atas sebab ini, pembuat-pembuat kereta utama bergegas untuk melancarkan bertubi-tubi SUV dan crossover pada tahun-tahun akan datang.

volkswagen-crossblue-3

Ini termasuk Tiguan Coupe untuk VW, tetapi mereka juga menjangkakan untuk melepaskan crossover saiz pertengahan 7-seater baharu serta model serupa coupe, kedua-duanya berdasarkan konsep CrossBlue dari 2013. Juga dijangka adalah crossover subcompact dengan  T-Roc 2014 sebagai asas dan crossover mobil kecil berdasarkan konsep Tiguan 2012. VW menggunakan platform MQB fleksibel untuk mengepam keluar pelbagai model-model Tiguan ini.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

 

Jangan risau. Untuk yang suka performance, Tiguan Coupe R ada dan ianya akan mempunyai rangkaian kuasa seperti Golf R – 300hp dari enjin 2.0 liter 4-silinder turbocharged. Akan ada beberapa peningkatan kepada casis supaya ia boleh mengendalikan enjin yang lebih berkuasa. Peningkatan akan termasuk penggantungan yang di sport-tuned, brek dikemaskini dan pelbagai mod pemanduan yang boleh dipilih untuk menyesuaikan diri dengan pelbagai ciri-ciri yang dinamik. Tiguan Coupe baharu ini dijangka untuk tahun 2017.

 

Previous post

Sepang Buka South Paddock dan Paddock Chalet

Next post

Mazda MX-5 Miata RF Baru Saja Dikeluarkan

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *