Renault-Nissan dan Microsoft Akan Bangunkan Teknologi Perhubungan Antara Kenderaan
Renault-Nissan Alliance dan Microsoft Corp. telah menandatangani perjanjian untuk membangunkan teknologi perhubungan generasi akan datang.
Kedua-dua syarikat itu akan bekerjasama dengan menggunakan teknologi ‘cloud’ Microsoft Azure sebagai platform utama. Perkhidmatan baharu ini dikatakan akan memperbaik pengalaman pemandu melalui sistem navigasi canggih, jangkaan penyelenggaraan, pemantauan ciri-ciri kenderaan dari jauh dan pelbagai lagi.
Selain itu, perkhidmatan baru ini turut membantu pengguna;
- mempersonalisasi tetapan kenderaan dan menghantarnya ke kenderaan lain
- meningkatkan produktiviti semasa ke tempat kerja
- mengemaskini applikasi dalam kenderaan
- kekal berhubung dengan pengguna lain
- melindungi kenderaan mereka dengan teknologi ‘geofencing’
Menurut syarikat itu, teknologi-teknologi perhubungan akan terus dibangunkan untuk memenuhi keperluan 10 buah kenderaan pemanduan sendiri yang akan dilancarkan menjelang 2020.
No Comment