Berita Auto

Proton Saga 2016 Dilancarkan – Harga dari RM36,800

Proton Saga 2016 yang ditunggu-tunggu akhirnya telah dilancarkan pada hari ini di Setia Alam, Selangor, dengan kehadiran Menteri Belia dan Sukan, YB Khairy Jamaluddin.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Sedan kompak itu merupakan model Proton ketiga yang dilancarkan tahun ini selepas Perdana dan Persona, dan akan diikuti oleh MPV Ertiga pada akhir tahun ini.

Proton Saga

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, Saga didatangkan dalam tiga varian dengan harga bermula dari RM36,800 untuk varian Standard manual, RM39,800 untuk Standard CVT, RM42,800 untuk Executive CVT dan RM45,800 untuk varian teratas iaitu Premium CVT.

Harga yang disebut adalah termasuk jaminan selama lima tahun atau 150,000 km.

Proton Saga

Walaupun menggunakan platform yang sama dengan model sedia, Saga baharu sebenarnya 74 mm lebih panjang dan  9mm lebih lebar. Hasilnya adalah ruang kabin dan kaki yang lebih luas dari sebelum ini. Ruang bagasi Saga turut mendapat tambahan sebanyak tujuh liter, menjadikan luas keseluruhannya 420 liter.

Dari segi penggayaan, reka bentuk Saga yang lebih berani dipadankan dengan dua lampu kombi dan lampu kabus belakang, manakala varian Executive dan Premium pula mendapat spoiler dan rim aloi masing-masing bersaiz 14 dan 15 inci.

Proton Saga

Aspek keselesaan dan kemudahan penumpang juga diberi penambahbaikan dengan adanya ciri-ciri seperti dua pengecas USB di belakang, radio dengan CD dan MP3, Bluetooth, 10 ruang simpanan termasuk dua pemegang cawan dan empat pemegang boto, pelaras ketinggian tempat duduk pemandu, pelaras stereng serta tempat duduk belakang boleh lipat bagi semua varian.

Ketiga-tiga varian dilengkapi dengan enjin VVT 1.3 liter baharu yang lebih berkuasa serta jimat berbanding dengan enjin IAFM yang digunakan sebelum ini. Dengan 94 hp pada 5,750 rpm dan 120 Nm tork pada 4,000 rpm, Saga mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam masa 12.2 saat (0.8 saat lebih pantas) untuk varian manual dan 13.1 saat (1.4 saat lebih pantas) untuk varian CVT.

Proton Saga

Teknologi VVT yang digunakan berjayam meningkatkan penjimatan bahan api serendah 12 hingga 14 peratus. Jika dipandu selaju 90 km/j, Saga mampu mencatat penggunaan sebanyak 5.4 liter bagi setiap 100 km untuk varian manual dan 5.6 liter setiap 100 km untuk varian CVT.

Ciri-ciri keselamatan yang boleh didapati pada semua varian termasuklah dua beg udara hadapan, ISOFIX dengan tambatan atas, sensor keliling. Varian Premium dan Executive pula menambah ABS, Electronic Brake-force Distribution (EBD), Brake Assist, Electronic Stability Control (ESC), Traction Control dan Hill-hold Assist (HHA).

Proton Saga

Dengan adanya ciri-ciri tersebut, Saga berjaya mendapat penarafan keselamatan 4-bintang ASEAN NCAP berbanding 3-bintang sebelumnya.

*Baca ulasan ringkas kami tentang prestasi dan pengendalian Saga 2016 di sini.

Proton Saga

 

Previous post

Nissan Cipta Kerusi Autonomi Bagi Mereka Yang Tidak Boleh Beratur Berdiri

Next post

Gohed Gostan Ep 34 Cuba Try Hyundai Tucson Serba Baharu Part II

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *