Nissan Cipta Kerusi Autonomi Bagi Mereka Yang Tidak Boleh Beratur Berdiri
Nissan hari ini memperkenalkan yang terbaru dalam siri inovasi yang direka untuk membawa manfaat pelan Intelligent Mobility untuk kehidupan seharian pelanggan.
Menyusul kejayaan Intelligent Parking Chair awal tahun ini, ProPILOT Chair yang baharu ini pula dicipta untuk beratur untuk anda supaya dia tidak payah beratur berdiri.
Dinamakan sempena teknologi memandu autonomi perdana syarikat, ProPILOT Chair mengesan dan secara automatik mengikut kerusi hadapannya, mengekalkan jarak yang tetap dan perjalanan di sepanjang jalan yang ditetapkan.
Ini hampir menyerupai bagaimana sistem ProPILOT bagi kenderaan – yang sedia ada dalam minivan Serena di Jepun sejak Ogos – mengekalkan jarak yang selamat di belakang kereta di hadapan, dan memastikan bahawa kenderaan sentiasa di tengah-tengah lorong.
No Comment