LaFerrari Aperta Habis Dijual …… Berapa Unit Pemilik Malaysia?
Direka untuk pelanggan Ferrari yang paling bersemangat, LaFerrari Aperta adalah siri khas edisi terhad baharu, versi open top super car terkenal LaFerrari.
Kami tertanya-tanya berapa ramaikah orang Malaysia yang telah membuat tempahan untuk Ferrari yang tersangat istimewa ini dan sudahkah ia siap didaftarkan sepenuhnya untuk kegunaan di jalan raya Semenanjung? Arti kata siap dengan bayaran cukai sepenuhnya untuk kegunaan harian 12 bulan setahun).
LaFerrari Aperta ini boleh mencapai kelajuan tertinggi yang sama, lebih daripada 350km / h, pecutan daripada 0 hingga 100 km / h dalam di bawah 3 saat dan 0 hingga 200 km / h dalam 7.1sec seperti LaFerrari. Ia juga memberikan torsional rigidity dan beam stiffness yang sama.
Perubahan kepada set-up aerodinamik memastikan bahawa, dengan bumbung yang terbuka dan tingkap sebelah atas, angka drag tidak terjejas berbanding dengan versi coupé, kata pembuat kereta Itali yang terkenal ini.
LaFerrari Aperta powertrain, yang sama dengan LaFerrari, menggunakan teknologi hibrid. Ia menggabungkan 590 kW 6.2 liter V12 dengan motor elektrik 120kW untuk jumlah pengeluaran 900Nm.
Terima kasih kepada sistem HY-KERS, ia adalah Ferrari berprestasi tinggi yang paling berkesan yang pernah dibina. Enjinnya adalah enjin-beraspirasi semulajadi yang paling berkuasa untuk Ferrari road-going.
No Comment