Berita Auto

Tempahan Chevrolet Colorado Baharu Dibuka – Harga dari RM95,000

Naza Quest telah mengumumkan bahawa tempahan untuk Chevrolet Colorado baharu telah dibuka di semua pengedar sah jenama itu di seluruh negara.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Model facelift generasi kedua itu pertama kali diperkenalkan di acara Naza Merdeka Auto Fair 2016 pada bulan lalu. Pelancaran pada peringkat serantau pula diadakan seminggu selepas itu di Cebu, Filipina, bersama-sama dengan SUV Trailblazer serta wakil media dari Asia Tenggara.

Di dalam pasaran Malaysia, Colorado akan ditawarkan dalam lima varian dengan dua pilihan enjin. Warna yang ada termasuklah

  • Summit White
  • Black Meet Kettle
  • Switchblade Silver

dan dua warna baharu iaitu

  • Pull Me Over Red
  • Blue Mountain.

Ia akan dijual pada harga bermula dari RM95,000 (tanpa cukai jalan dan insruans) dan didatangkan dengan jaminan pengeluar selama lima tahun atau 200,000 km. Lebih menarik lagi, 100 pelanggan pertama yang menempah Colorado akan menerima khidmat penyelenggaraan percuma selama tiga tahun.

Pada peringkat global, Colorado menampilkan tiga enjin iaitu

  • 2.5 liter Duramax Fix Geometry Turbocharger (FGT) dengan 163 hp dan 380 Nm
  • 2.5 liter Duramax Variable Geometry Turbocharger (VGT) dengan 180 hp dan 440 Nm
  • 2.8 liter Duramax VGT dengan 193 hp dan 500 Nm

Jenis transmisi yang ditawarkan adalah automatik dan manual enam kelajuan, bergantung pada varian.

10_USP_SPECS

Untuk pengalaman memandu yang lebih selesa dan mudah, Colorad juga didatangkan dengan ciri-ciri berikut:

  • Remote Engine Start
  • Electric Power Steering (EPS)
  • Comfort Closing Windows
  • Park Assist dengan lapan sensor
  • Kamera undur
  • Lampu LED dengan sistem Follow Me Home

Dari sudut infotainmen, Colorado didatangkan dengan Apple CarPlay dengan ciri Siri Eye Free, membolehkan pemandu memberi arahan secara lisan tanpa perlu mengangkat tangan dari stereng. Bukan sahaja memudahkan, ia juga membantu meningkatkan keselematan.

Bercakap tentang keselamatan, Colorado dilengkapi dengan:

  • Lane Departure Warning
  • Forward Collision Alert
  • Tyre Pressure Monitoring System

Selain itu, ia turut menerima penilaian ANCAP dan ASEAN ANCAP bertaraf lima bintang, menjadikannya antara trak pikap yang paling selamat di pasaran.

 

Previous post

TCEC Perkenal Promosi Baharu Renault Captur

Next post

Porsche Panamera 4 E-Hybrid dan 911 GT3 Cup Muncul di Paris

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *