Gaya Hidup / Lifestyle

Program Caltex Fuel Your School Kini di Kelantan dan Pahang

Bagi tahun kelima berturut-turut, Chevron Malaysia Limited yang memasarkan jenama Caltex meneruskan program tahunannya iaitu Caltex Fuel Your School dengan kerjasama Yayasan MyKasih.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Tahun ini, sejumlah RM250,000 telah diperuntukkan untuk menyokong pendidikan di sekolah-sekolah awam berdasarkan permintaan khusus setiap bilik darjah untuk membantu memenuhi keperluan kritikal untuk pembiayaan kelas dalam pelbagai komuniti di mana Caltex beroperasi.

Program ini juga merupakan pendekatan untuk menyampaikan sesi pembelajaran berinspirasi kepada pelajar bagi menggalakkan lagi pembelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik di Kelantan dan Pahang.

Sehingga tahun lepas, program tersebut telah membiayai bahan pembelajaran bernilai hampri RM1 juta di enam negeri di Semenanjung Malaysia.

Sepanjang Julai tahun ini, Caltex menyumbang RM2 untuk setiap pembelian RON95 atau RON97 menggunakan kad JOURNEY Caltex di stesen-stesennya di Kelantan dan Pahang. Kutipan hasil akan digunakan untuk membiayai projek kelas yang layak di sekolah berkeperluan tinggi dalam bentuk bahan pembelajaran bagi subjek-subjek tersebut.

Caltex-Fuel-Your-School-Bunting

Program tahun ini akan melibatkan 50 projek kelas di sekolah-sekolah awam di Kelantan dan Pahang. Pemilihan projek dibuat berdasarkan penggunaan kreatif dan inovatif bahan-bahan yang diminta. Selain memenuhi objektif kurikulum bilik darjah, ia juga menggalakkan pengalaman pembelajaran yang lebih dekat.

Program Caltex Fuel Your School menyediakan guru dengan alat dan sumber penting, termasuk bahan projek yang sering tidak menerima bantuan kewangan daripada sumber-sumber tradisional, penting dalam mencetuskan minat dan kefahaman pelajar.

Yayasan MyKasih bekerjasama dengan Chevron Malaysia bagi menentukan projek-projek kelas yang layak untuk dibiayai melalui program itu. MyKasih juga membimbing guru-guru dalam merangka cadangan projek bagi subjek Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik.

Sejak pengenalannya di Malaysia pada 2012, Caltex Fuel Your School telah membiayai 187 projek kelas di 97 buah sekolah, sekaligus memberi manfaat kepada lebih 60,000 pelajar secara kolektif.

Previous post

Kamu Sudah Pergi Jauh Sayang! 40 Tahun Ford Fiesta

Next post

Peugeot 3008 dan 5008 di Paris Motor Show

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *