Berita Auto

Lotus Exige 350 Edisi Khas Adalah Exige Paling Extreme

Yang paling best, yang paling last, Lotus Exige 350 Special Edition paling sesuai mengakhiri trilogi Lotus edisi sambutan ke-50.

Berdasarkan Exige paling extreme sehingga kini, Sport 350, edisi khas yang baharu ini menambah beberapa ciri-ciri ringan, peningkat prestasi, dan juga cat yang unik dan pilihan dalaman sebagai standard.

exige-2

Lama dianggap sebagai kegemaran peminat, Lotus Exige 350 Special Edition baharu ini mengambil  pengendalian dan prestasi mentah penanda aras model ini dan menambahkan kemeriahannya. Dengan enjin V6 3.5 liter, berkuasa 345 hp dan berat kurang  26 kg berbanding Exige Sukan 350, Lotus Exige 350 Special Edition baharu memecut 0-100km / h dalam masa 3.9 saat sebelum mencapai kelajuan tertinggi 274 km / h. Ia juga mampu mengelilingi trek terkenal Hethel dalam 1 minit 29.8 saat.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Kereta ini menerima panel penutup akses hadapan yang disemak semula, pertama kali dilihat pada Exige Cup 360,  kerusi gentian karbon sukan ringan, roda aloi forged ringan dan bateri ion Lithium sebagai standard agar berat kekal minimum. Pilihan empat warna membantu Lotus Exige 350 Special Edition ini menonjol, sementara dalamannya menawarkan pilihan antara kulit hitam atau upholsteri Alcantara dengan jahitan contrast bespoke.

exige-3

Membantu untuk meraikan 50 tahun syarikat itu di Norfolk, edisi coupe khas  dihadkan kepada hanya 50 unit dan hanya 1st come 1st serve. Seperti Evora 400 Hethel Edition dan Elise 250 Edisi Khas yang sudah habis dijual, Exige ini dibina untuk menandakan 2016 sebagai tahun ulang tahun ini.

 

Previous post

Perodua Anjur "Fun Walk" Hari Sukan Negara

Next post

Mazda MX-5 RF Mula Produksi

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *