Naza World Call Centre Dibuka
Orang ramai yang mempunyai pertanyaan tentang Naza World dan anak-anak syarikatnya kini boleh menghubungi pusat sokongan pelanggan Naza World Call Centre yang baru sahaja ditubuhkan.
Dengan matlamat untuk memberikan pengalaman pelanggan yang lebih baik, Naza World Call ditempatkan di kompleks Naza World Auto Mall di Petaling Jaya. Ini memastikan sebarang permintaan pelanggan boleh dipenuhi secepat mungkin.
Pusat sokongan pelanggan itu turut mempunyai akses ke semua jenama yang bernaung di bawah syarikat itu iaitu:
- Koenigsegg – Naza Swedish Motors
- Ferrari – Naza Italia
- Maserati – Naza Italia
- Brabus – Naza-Brabus
- Naza Motor Trading
- Naza Marques
- Ducati – Next Bike
- Harley-Davidson – Naza Prestige Bikes
- Vespa – Naza Premira
- Aprilia – Naza Premira
- Victory Motorcycles – Harmony Fabulous
- Indian Motorcycles – Harmony Fabulous
- Naza Bikes
- Naza Bikers Dream
Naza World Call Centre boleh dihubungi di talian bebas tol 1-800-88-9908 atau +603-7954-0766. Orang ramai juga boleh menghantar emel di careline@nazaworld.com.my atau datang sendiri ke pejabat sepanjang waktu bekerja iaitu Isnin hingga Jumaat, 9 pagi hingga 6 petang.
No Comment