Volkswagen Driving Experience di Johor Bahru 15 -16 Oktober
Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) akan mengadakan acara Driving Experience hujung minggu ini (15 – 16 Oktober 2016) di tempat letak kereta Angsana Johor Bahru Mall.
Acara ini bertujuan untuk menyediakan para peserta dengan kemahiran keselamatan dan memandu asas termasuk cara duduk dan kedudukan stereng yang betul, brek kecemasan, pemanduan berhemah serta slalom. Sementara itu, orang awam yang hadir juga akan disajikan dengan aksi stunt Volkswagen Vento.
Vento yang akan digunakan sepanjang acara itu adalah dari varian 1.2L TSI dengan transmisi automatik DSG tujuh kelajuan. Ia juga mendapat penarafan keselamatan lima bintang dari ASEAN NCAP dengan adanya Electronic Stability Control (ESC).
Acara Driving Experience adalah percuma dan terbuka kepada orang awam yang memiliki lesen memandu. Ia akan dijalankan dalam lima sesi setiap hari dari 12 tengahari hingga 7.30 petang. Tempat adalah terhad jadi siapa cepat dia yang dapat.
Untuk maklumat lanjut, layari www.volkswagen.com.my.
No Comment