Goodyear Lancar Tayar Wrangler TripleMax di Malaysia
Goodyear hari ini melancarkan tayar berprestasinya yang terkini, Goodyear Wrangler TripleMax di Malaysia. Direka untuk SUV saiz sederhana, tayar Wrangler TripleMax menawarkan prestasi membrek luar biasa, jarak membrek di atas jalan basah lebih pendek dan ciri Road Hazard Resistant, sekaligus memastikan pengalaman pemanduan yang lebih selamat dan menyeronokkan bersama keluarga.
Segmen SUV saiz sederhana jelas menjadi pasaran yang kian berkembang dan dijangka mengalami kadar pertumbuhan tahunan lebih 12 peratus dari tahun 2012 hingga 2020. Ia terbukti apabila jualan SUV di Malaysia meningkat sebanyak 39% pada tahun ini sehingga Jun 2016 3 . Bagi memenuhi keperluan yang kian meningkat, Goodyear akan terus komited untuk melakukan inovasi dan menawarkan produk berprestasi tinggi kepada para pelanggan.
Dengan keperluan pengguna menjadi paksi kepada inovasi tayarnya, Wrangler TripleMax menawarkan ketenangan minda ketika memandu, memastikan keselamatan keluarga dalam apa jua kondisi jalan raya.
Goodyear membangunkan tayar Wrangler TripleMax menerusi Hydrogrip Technology yang telah ditambah baik. Dengan reka bentuk tayar bunga yang inovatif dan kompaun cengkaman lebih baik, ia mampu menawarkan prestasi jarak membrek di atas jalan basah yang lebih pendek.
“Goodyear memang terkenal dalam membudayakan inovasi keselamatan yang mendahului para pesaingnya. Keadan cuaca yang sukar dijangka dan kondisi jalan raya di Malaysia memerlukan tayar yang terbaik. Jadi, Wrangler TripleMax memenuhi janji Goodyear untuk menawarkan perjalanan yang lebih selamat serta menyeronokkan buat pemandu dan keluarga mereka,” kata Pengarah Urusan Goodyear Malaysia, Ben Hoge.
“Memandangkan bercuti menjadi aktiviti yang semakin digemari dalam kalangan keluarga di Malaysia, amat penting tayar yang menghubungkan kenderaan dengan jalan raya boleh menawarkan ketenangan minda dan keselamatan ketika keluarga mencipta memori bersama. Aspek ini diberi perhatian ketika tayar Wrangler TripleMax dibangunkan. Ia mampu menawarkan rakyat Malaysia yang gemar memandu peluang untuk pergi lebih jauh dan mencipta lebih banyak kenangan percutian yang indah bersama,” tambah Hoge.
Hydrogrip Technology menampilkan pelbagai ciri yang menawarkan prestasi membrek luar biasa. Reka bentuk bunga dan kaviti pada Wrangler TripleMax baharu dengan permukaan hubungan dengan permukaan jalan yang luas memastikan keupayaan membrek lebih baik pada bucu cengkaman dan elemen-elemen blok yang besar.
Hydrogrip Technology mengurangkan jarak membrek di atas jalan yang basah
Hydrogrip Technology Goodyear tampil dengan kompaun bunga tayar baharu yng inovatif. Ia memaksimumkan kawalan kenderaan menerusi kawasan hubungan yang lebuh besar. Ini bermakna lebih banyak kawasan tayar berhubung dengan jalan raya. Tayar ini juga dilengkapi dengan permukaan luas dan kaviti yang dioptimumkan bersama padanan 5 Rib Tread yang memberi tumpuan kepada agihan tekanan pada elemen-elemen blok utama ketika membrek. Teknologi ini juga memberikan tayar dengan tahap ESBR yang lebih tinggi bersama gabungan polimer yang optimum. Sekali gus membuatkan tayar menawarkan cengkaman lebih baik dan jarak membrek lebih pendek di atas jalan raya yang basah. Semua gabungan ini juga menawarkan pemanduan yang lebih selesa.
Hydrogrip Technology menggabungkan tiga elemen ini:
1. Prestasi Membrek yang Luar Biasa: HydroGrip Technology yang digunakan pada Wrangler TripleMax, diperbuat daripada blok-blok yang besar dan jumlah bucu cengkaman yang banyak untuk meningkatkan tahap hubungan dengan permukaan jalan raya. Ia menawarkan prestasi membrek dan cengkaman lebih baik pada permukaan jalan basah dan kering.
2. Prestasi di Jalan Basah: HydroGrip Technology yang digunakan pada Wrangler TripleMax diperbuat daripada kompaun ESBR yang telah dipertingkatkan. Ini bagi menawarkan prestasi yang lebih versatil. Pada masa yang sama menambah baik prestasi membrek dan cengkaman pada permukaan jalan basah dan kering.
3. Road Hazard Resistant: Tayar Wrangler TripleMax direka dengan pelindung bebibir rim, ia dilengkapi dengan lebih banyak material pada dinding sisi untuk melindungi rim dan tayar daripada bahaya di atas jalan raya.
Kebolehdapatan dan Saiz
Goodyear Wrangler TripleMax ialah tayar yang perlu anda dapatkan untuk pengalaman pemanduan selamat dan mengujakan. Bagi pasaran Malaysia, Goodyear Malaysia menawarkan saiz tayar 16″, 17″ dan 18″. Saiz-saiz berikut akan ditambah dalam rangkaian tayar sedia ada tidak lagi.
Tayar Goodyear Wrangler TripleMax ditawarkan pada harga bermula RM443.72 sehingga RM675.22 seunit termasuk GST, bergantung kepada saiz. Pengguna kini boleh membeli tayar Wrangler TripleMax di cawangan Goodyear Autocare dan Servitekar, serta para pengedar sah Goodyear di seluruh negara.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Goodyear Wrangler TripleMax, serta tayar-tayar Goodyear yang lain, sila layari laman web rasmi Goodyear Malaysia – http://www.goodyear.com.my/, atau ikuti mereka di laman Facebook Goodyear Malaysia – https://www.facebook.com/GoodyearMalaysia.
No Comment