Berita Auto

Toyota Vios Baharu Kini Dengan Warna Premium Menyerlah

Dengan pelancaran Vios baharu, Toyota juga telah memperkenalkan beberapa warna terkini iaitu Crimson Spark Red Metallic dan Super White II. Pilihan warna terbaru itu memberi efek yang lebih premium dan dirumus khas untuk menonjolkan lagi garis badan aerodinamik Vios.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Warna-warna terbaru itu turut disertai oleh tiga lagi warna baharu iaitu Medium Silver Metallic, Silver Metallic dan Attitude Black. White Pearl CS yang juga merupakan pilihan warna baru hanya boleh didapati dengan Vios 1.5 TRD Sportive. UMW Toyota Motor menawarkan pelbagai varian untuk memenuhi keperluan serta bajet yang berbeza.

5D3_1615

Vios yang dilancarkan pada bulan Oktober tahun ini turut boleh didapati dalam varian baru – Vios 1.5 GX – menjadikan jumlah varian sebanyak enam kesemuanya.

Harga adalah seperti berikut:

VIOS 1.5 TRD SPORTIVO (AT) dari: RM96,400
VIOS 1.5GX (AT) dari: RM92,800
VIOS 1.5G (AT) dari: RM89,800
VIOS 1.5E (AT) dari: RM83,900
VIOS 1.5J (AT) dari: RM79,800
VIOS 1.5J (MT) dari: RM76,500

*harga atas jalan bagi Semenanjung Malaysia termasuk GST dan insurans.

Toyota Vios 2016

Spesifikasi Toyota Vios 2016:

Enjin: 4 silinder, 16-valve DOHC Dual VVT-1
Kapasiti: 1,496cc
Kuasa: 107bhp @ 6,000rpm
Tork: 140Nm @ 4200rpm
Transmisi: CVT 7-kelajuan sport sequential shiftmatic

Previous post

Hyundai Ioniq Sedia-Lumba Mencecah 254 km/j Di Bonneville Salt Flats

Next post

Mercedes-Benz Services Malaysia Lantik Mike Ponnaz Sebagai Pengarah Urusan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *