Suzuki Rock The Road 2, Escape Penang
Baru baru ini, Suzuki Malaysia Automobile Sdn Bhd (SMA) mengadakan penjelajahan dari Kuala Lumpur ke Penang yang penuh keseronokan, terima kasih kepada Suzuki Rock The Road 2014 Escape Penang Customer Event.
21 buah Suzuki Swift dari pelbagai varian yang lama dan baharu, dipandu oleh peminat setia dari seluruh Lembah Klang mengambil bahagian konvoi itu yang bermula dari pusat Suzuki yang terbaru iaitu di Regal Motors, Jalan Klang Lama melalui lebuhraya Utara-Selatan hingga ke destinasi terakhir iaitu Lone Pine Hotel, Butik Hotel mewah di Batu Ferringhi, Pulau Pinang. Konvoi Suzuki Swift yang berwarna warni itu dilancarkan oleh Mr. Gen Ishii, Deputy Managing Director Suzuki Malaysia dari Regal Motors pada hari Sabtu pagi selepas minum pagi dan taklimat ringkas tentang perjalanan 374km ke Pulau Pinang.
Komen Mr. Gen Ishii,“Tujuan kami mengadakan acara Suzuki Rock the Road 2014 Escape Penang Customer Event ini adalah untuk merakamkan rasa terimakasih kami di atas sokongan padu dari pelanggan setia kami. Kami menyatukan mereka semua melalui Suzuki ‘Way of Life’ untuk berkongsi pengalaman bersama dalam suasana kasual dan santai – inilah semangat Suzuki sebenarnya.”
Sepanjang perjalanan ke Pulau Pinang, kumpulan konvoi menarik minat pengguna jalanraya kerana bukan selalu orang Malaysia dapat melihat konvoi kereta Suzuki. Konvoi kemudiannya berhenti rehat di Kawasan rehat Tapah dan Bukit Merah Laketon Resort untuk makan tengahari sambil menikmati keindahan tasik. Konvoi kemudiannya bergerak ke Pulau Pinang dengan menyeberangi jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, sepanjang 24km iaitu jambatan terpanjang di Malaysia dan Asia Tenggara.
Semasa perjalanan panjang melalui lebuhraya ke Pulau Pinang, para peserta konvoi melalui sendiri bagaimana halusnya kereta Swift yang boleh mengimbangi laluan berlubang dan bump. Peserta juga seronok dengan pengawalan kereta Swift dan ratio power-to-weight yang memberikan mereka prestasi pemanduan yang lincah dan penjimatan petrol.
Lionel Lim dan Pei San dari Kuala Lumpur yang menyertai konvoi tersebut untuk kali pertamanya sepanjang pembabitan mereka dalam Champion Yellow Suzuki Swift Sport selama setahun, sangat teruja dan seronok menjadi sebahagian dari konvoi tersebut.
“Kami mengambil bahagian dalam konvoi ini untuk bertemu kawan baru yang terdiri daripada pemilik kenderaan Suzuki Swift dan mengenali lebih dekat dengan mereka dari Suzuki Malaysia. Semuanya baik dan kami sangat gembira dengan aktiviti, konvoi dan tempat tinggal yang diatur oleh mereka. Kami tak sabar untuk menyertai Rock the Road Convoy untuk tahun depan”, kata Lionel.
Pada hari kedua, orang ramai di Batu Ferringhi dan Teluk Bahang menjadi saksi ketibaan konvoi 21 buah kereta Suzuki dari Kuala Lumpur yang disertai bersama 70 buah Suzuki Swift dari Penang untuk menikmati keseronokan di Escape Penang, taman hiburan bertaraf dunia. Pemilik yang terdiri dari pelbagai bangsa dari Kuala Lumpur dan Pulau Pinang bertemu dan berkenal sambil mengikuti pelbagai aktiviti menarik yang terdapat di Escape Penang yang menyeronokkan dan mendebarkan.
Tambah Mr. Gen Ishii lagi,” Sambutan luar biasa dan sokongan yang kami terima untuk acara Suzuki Rock the Road Customer Event dalam tempoh dua tahun yang lalu telah meyakinkan kami untuk menjadikannya sebagai acara tahunan supaya dapat dinikmati oleh semua pelanggan setia Suzuki di Malaysia.”
Pasangan suami isteri, Faizul Idham Fauzi dan Ruzila Abdul Razak dari Puchong, Selangor, yang mengambil bahagian dalam konvoi ini dengan kereta Superior Putih Suzuki Swift RR (edisi terhad) yang baru dibeli 8 bulan, gembira menyertai konvoi itu yang diluar jangkaan mereka.
“Konvoi yang berlangsung 2 hari 1 malam ini menjadi satu pengalaman yang menyeronokkan buat kami suami isteri dengan tempat penginapan yang mewah, aktiviti yang menarik disamping berkenalan dengan teman-teman baru dari komuniti Suzuki. Kami sangat mengesyorkan kepada pemilik Suzuki Swift untuk mengambil bahagian dalam acara ini sekiranya mahu mengalami keunikan cara hidup Suzuki ‘Way of Life!, kata Faizul.’
Para peserta amat gembira dengan acara ini, dan ramai antara mereka yang menantikan acara untuk tahun depan. Sambutan hebat ini menyakinkan Suzuki untuk menganjurkan acara Suzuki Rock the Road Customer setiap tahun sebagai faedah kepada semua pemilik Suzuki dan peminat automotif di Malaysia. Suzuki Malaysia Automobile disokong oleh 32 pengeluar sah dari seluruh Malaysia. Sila rujuk jadual Suzuki Mega Road Show diseluruh Negara bermula pada November 2014 hingga Januari 2015 kerana anda boleh mendapat pelbagai tawaran menarik, rebet tinggi, aktiviti yang menyeronokan dan pandu uji percuma.
Sila hubungi Suzuki Malaysia Automobile di nombor bebas tol 1-300-88-6699 untuk mencari pengeluar Suzuki terdekat anada atau lawati www.suzuki.net.my untuk maklumat lanjut.
No Comment