Westlake Tyres Masuk Pasaran Malaysia
Westlake Tyres hari ini melancarkan operasinya di Malaysia menerusi syarikat Westlake Marketing Malaysia. Kemasukannya ke pasaran tempatan mendapat sokongan penuh pengeluar tayar global iaitu ZhongCe Rubber Group Co. Ltd.
Bersempena dengan pelancaran itu, syarikat itu juga memperkenalkan siri tayar Westlake untuk kenderaan penumpang, kenderaan off-road, trak, bas dan jentera pertanian. Semua produknya direka untuk memenuhi permintaan pelanggan yang berbeza-beza mengikut permukaan jalan dan cuaca.
Semua tayar Westlake dibangunkan di pusat penyelidikan dan pembangunan ZC Rubber Group yang terletak di Hangzhou, China. Ia menempatkan seramai 1,300 pekerja yang berpengalaman dalam pembangunan tayar mengikut keperluan pasaran.
“Sebagai jenama tayar global, ZhongCe Rubber Group memasarkan lebih dari 16 juta tayar pengguna dan komersial serta 35 juta tayar basikal dan motosikal ke lebih dari 160 pasaran untuk 5 bilion pengguna,” kata Ge Guorong, Naib Presiden ZhongCe Rubber Group.
Selain itu, syarikat itu juga merancang untuk membuka 100 pusat Westlake di seluruh negara, dengan lima hingga tujuh pusat akan dibuka setiap tahun secara berperingkat. Tiga pusat Westlake akan memulakan operasinya menjelang akhir tahun ini.
Westlake Marketing Malaysia juga sedang dalam usahasama bersama MySkill Corridor untuk menaja juruteknik untuk latihan insentif bagi mendapatkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM).
No Comment