Motosikal / Skuter / Roda

Kawasaki Versys-X 300 Untuk Pelbagai Golongan

Pertunjukan motosikal EICMA di Milan baru-baru ini menyaksikan kemunculan motosikal adventure paling kecil Kawasaki iaitu Versys-X 300 baharu.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Anda mungkin sudah tahu yang motosikal ini adalah model entry-level dalam barisan Versys dan ia pada asasnya adalah Ninja 300 yang dipakaikan ‘baju’ dan kerangka yang lebih bersesuaian dengan statusnya sebagai motosikal adventure.

Versys-X 300 dikuasakan oleh enjin 296 cc dua silinder yang menghasilkan 34 hp. Menurut pengeluar dari Jepun itu, satu tangki penuh membolehkan motosikal ini pergi sejauh 390 km, tidak kurang hebat jika dibandingkan dengan Versys 650.

Kawasaki Versys-X300 03

Casisnya terdiri dari sepit udang teleskopik 41mm di hadapan dan monoshock Uni-Trak di belakang. Rim hadapan 19 inci yang dibalut dengan tayar 100/90 dan rim belakang 17 inci dengan tayar 130/80 memastikan Versys-X 300 lebih stabil di atas permukaan jalan yang kasar.

Untuk memudahkan lagi tunggangan, Versys-X 300 juga didatangkan dengan klac jenis Assist & Slipper dan juga ABS. Ia juga mempunyai tachometer analog serta panel LCD yang memaparkan speedometer digital, jam, kedudukan gear, trip meter berkember, tolok bahan api, penggunaan bahan api serta penunjuk ECO.

Kawasaki Versys-X300 02

Versys-X 300 akan ditawarkan dengan pakej pilihan – pakej Urban akan mendapat pad tangki minyak, tongkat tengah dan top box sebesar 30 liter manakala pakej Adventure pula menambah pad tangki minyak, pelindung enjin, tongkat tengah dan sepasang kotak pannier 17 liter.

Previous post

Anda Pernah Dengar Tentang Santana 4 × 4? Bukan Defender!

Next post

Yamaha XSR900 Abarth - Hanya 695 Unit Untuk Dijual

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *