Peninjauan Automotif Untuk 2017
Kami sudah menikmati 15 tahun pertumbuhan …… dan kini sudah tiba masanya untuk kegawatan jualan automotif . Jika anda dari industri automotif dan anda membaca ini, anda mungkin akan kecewa sedikit dengan apa yang kita katakan ini, tetapi ini adalah suatu kenyataan.
Daripada pemulihan krisis kewangan 1999, rakyat Malaysia membeli membeli dan terus membeli. Kereta, rumah, alat-alatan, bercuti, pakaian dan makan yang baik. Ya, hidup kita senang, sangat baik walaupun banyak isu-isu lain yang melanda ekonomi dan sosial kita setiap hari.
Dengan angka-angka pertumbuhan jualan kereta penumpang tertinggi di ASEAN sejak tahun 2001, rakyat Malaysia mempunyai selera yang besar untuk kereta dan jiran kita dengan jumlah penduduk yang lebih ramai dan angka GDP yang lebih tinggi tidak dapat menandingini perkembangan kereta penumpang kita tahun ke tahun ……. sehinggalah 2016. Kami mula melihat penurunan yang perlahan jualan yang dirangsang oleh kebanyakkan jenama kereta menawarkan diskaun ‘hebat-hebat’.
Ya, kami katakan hebat kerana tidak pernah terjadinya begitu banyak tawaran istimewa, nilai overtrade, harga turun mendadak dan pandu pulang istimewa dalam 15 tahun sejarah automotif kita.
Jenama kereta yang established yang tidak pernah sebelum ini memberi diskaun sudah mula menjatuhkan harga kereta mereka dengan mendadak, menawarkan pembeli untuk membeli kereta mereka dengan baucar perkhidmatan, pakej perjalanan, gadget percuma, aksesori kereta percuma dan banyak lagi.
Menjelang suku ke-3 2016, ada beberapa jenama kereta yang menawarkan diskaun sehingga 40% ke atas model-model jualan perlahan mereka dan ia adalah stock sell down yang tidak pernah dilihat sebelum ini. Pembeli kereta pada satu ketika dahulu yang bersumpah tidak akan membeli sesuatu jenama / model kereta, berkejar-kejar ke bilik pameran dengan genggaman wang tunai untuk membeli model diskaun itu sehingga tak mengira apa warna sekali pun..
Menjelang suku ke-4 tahun 2016 kita melihat beberapa model mewah dengan diskaun 25-30% disebabkan oleh kenaikan stok yang tak berjalan dan tidak lama lagi ketibaan dari kilang model penggantian keseluruhan.
Melihat pada trend ini kita boleh katakan di sini Malaysia TIDAK LAGI satu daripada 3 pasaran kereta PALING MAHAL terbaik di dunia. Kami mungkin dalam 10 teratas sekarang. Ya, ia adalah masa yang terbaik untuk pembeli kereta Malaysia.
Kita tunggu dan lihat apa yang akan terjadi dengan sarkas ini pada tahun 2017. Ia sudah pasti akan menjadi satu perjalanan roller coaster yang lebih tinggi, lebih laju dan anda lebih baik berpegang kuat.
No Comment