Gaya Hidup / Lifestyle

Jaminan Lanjutan McLaren Kini Boleh Diregangkan Sehingga 12 Tahun

Jaminan Lanjutan McLaren dilancarkan pada 2014 kini boleh diperbaharui sehingga hari jadi ke-12 kereta. Penambahan itu mengiktiraf peningkatan jumlah kereta McLaren di jalan raya, dengan lebih daripada 3,000 kenderaan menjangkaui harijadi ketiga mereka, serta keinginan ramai pemilik untuk mengekalkan pemilikan kereta mereka.

apple-to-buy-mclaren

Polisi ini, yang sebelum ini hanya boleh dilanjutkan sehingga harijadi ketujuh kereta, meliputi majoriti komponen pasangan kilang, memberikan pelanggan ketenangan fikiran bahawa McLaren mereka akan terus beroperasi sama seperti semasa ia mula-mula dikeluarkan.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Jaminan Lanjutan McLaren , yang boleh didapati untuk kenderaan Sports dan Super Series, datang dengan pelbagai manfaat termasuk perlindungan tanpa had perbatuan, bantuan di tepi jalan di pasaran terpilih dan, sekiranya berlaku tuntutan, penggunaan dijamin Genuine Parts McLaren dipasang oleh juruteknik McLaren terlatih . Skim ini boleh didapati untuk semua yang baharu, yang sedia ada dan yang terpakai lulusan McLaren Qualified dengan perbatuan tidak melebihi 100,000 batu dan telah dimiliki untuk sekurang-kurangnya 90 hari.


Jaminan Lanjutan McLaren boleh dibeli terus daripada peruncit McLaren, dan lindungan boleh diperolehi untuk bila-bila masa kenderaan sebelum ulang tahun ke-10 dan untuk tempoh 12 atau 24 bulan.

 

Previous post

Volkswagen’s Golf 2017. Tontoni Video.

Next post

Caltex Power Diesel Euro 5 Kini di Malaysia

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *