Audi Q8 Akan Tampil di Detroit Auto Show
Audi nampaknya akan memulakan tahun baru dengan langkah kanan dengan kereta konsep Q8 di Detroit Auto Show pada Januari nanti. Menurut Audi, SUV yang menggabungkan gaya penuh emosi dengan keluasan itu akan dikeluarkan tidak lama lagi.
Seperti yang anda boleh lihat, Q8 diberi rekaan gagah terutamanya pada bahagian depan di mana ia menampilkan gril Singleframe berbentuk oktagon dengan sentuhan 3D.
Ia juga mempunyai elemen-elemen rekaan model Audi Quattro pada zaman yang popular dalam era 1980-an termasuk tiang C yang rata dan lebar, serta fender hadapan yang lebar.
Walaupun dengan saiznya yang besar, Ketua Reka Bentuk Audi iaitu Marc Lichte mengesahkan yang Q8 akan didatangkan dengan empat tempat duduk.
No Comment