Trade-in VW Lama Anda Untuk Tawaran Terbaik Untuk Passat Atau Jetta Baharu
Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) mengalu-alukan tahun baru dengan program tukar beli eksklusif untuk Jetta dan Passat baharu. Program ini adalah dari sekarang hingga 31 Mac 2017. Pemilik Volkswagen akan dapat trade-in kenderaan Volkswagen mereka pada harga yang sangat menarik apabila membeli Jetta baru, dengan harga bermula dari RM108,990, atau Passat yang serba baharu, dengan harga dari RM159,990 . Selain itu, pemilik jenama lain juga akan dapat mengambil kesempatan daripada program ini, dengan harga trade-in yang menarik.
Program trade-in ini hanya sah untuk pemilik kenderaan dengan pemilikan minimum 6 bulan dari tarikh pendaftaran. Kenderaan yang di trade-in adalah tertakluk kepada pemeriksaan dan penilaian oleh pengedar yang dibenarkan yang akan membuat keputusan muktamad mengenai penerimaan kenderaan trade-in.
Untuk maklumat lanjut mengenai program trade-ini, silalah bilik pameran Volkswagen terdekat anda untuk mengetahui lebih lanjut.
No Comment