Berita Auto

Toyota Fortuner Terima Status EEV

Toyota Fortune telah diberi status Kenderaan Cekap Tenaga (EEV), membolehkan harganya dikurangkan sehingga RM16,000, bergantungn kepada varian.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Dengan insentif yang diberikan di bawah Dasar Automotif Negara (NAP), Fortuner kini dijual dengan harga RM183,800 untuk varian diesel 2.7 SRZ 4×4 dan RM175,400 bagi varian petrol 2.4 VRZ 4×4.

Menurut Ravindran Kurusamy, Presiden UMW Toyota Motor, Fortuner merupakan SUV 4×4 pertama yang diberi penarafan EEV dan model CKD keempat dengan status tersebut selepas Camry, Vios dan Innova.

Toyota Fortuner

Dilancarkan pada Mei 2016, spesifikasi Fortuner untuk tahun 2017 akan dikekalkan. Varian teratas menampilkan ciri-ciri seperti lampu depan Bi-LED, Power Back Door, tujuh beg udara, VSC dan transmisi enam kelajuan dengan paddle shifters. Dari aspek keselamatan, Fortuner diberi penarafan 5 bintang dari ASEAN NCAP.

SUV itu didatangkan dengan jaminan selama lima tahun tanpa had perbatuan.

Previous post

Cub Prix Pertimbang 7 Kategori Perlumbaan

Next post

Kia Stinger Bakal Menyengat!

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *