Berita Auto

Peugeot 208 dan 2008 Baharu Dilancarkan

Nasim Sdn Bhd secara rasminya telah melancarkan Peugeot 208 dan 2008 baharu. Selain daripada pembaharuan dari segi rekaan, kedua-dua model kompak itu kini menampilkan enjin turbo PureTech yang bukan sahaja berkuasa, malah lebih menjimatkan.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Didatangkan dalam bentuk lima pintu sahaja, 208 didatangkan dengan harga bermula dari RM89,888 manakala crossover 2008 pula berharga RM109,888. Harga-harga yang disebut adalah harga atas jalan termasuk insurans serta jaminan selama lima tahun atau 120,000 km.

Peugeot 2008 PureTech

Lebih menarik lagi, Nasim juga menawarkan pakej penyelenggaraan percuma selama tiga tahun atau 60,000 km bagi 100 pembeli pertama bagi kedua-dua model.

Peugeot 2008 Facelift Preview 11

Menggantikan enjin 1.6 liter empat silinder yang digunakan sebelum ini, enjin PureTech tiga silinder bersesaran 1.2 liter itu menghasilkan 112 PS pada 5,500 rpm dan 205 Nm pada 1,500 rpm. Ia dipadankan dengan kotak gear Efficient Automatic Transmission (EAT6) enam kelajuan.

Peugeot 208 Facelift Preview 09

Menurut Peugeot, gandingan enjin dan transmisi baharu itu berserta teknologi start/stop membolehkan 208 dan 2008 mencapai tahap penggunaan bahan api serendah 4.2 liter/100 km. Ia juga dikatakan mampu mencatat jarak perjalanan sejauh 1,190 km dengan hanya satu tangki penuh.

Peugeot 2008 Facelift Preview 12

Dari aspek penggayaan, 208 tampil lebih segar dengan adanya gril yang lebih lebar, rim aloi 16 inci serta lampu belakang dengan efek ‘cakaran’ 3D ala Wolverine. 2008 pula menampilkan rim 17 ‘Hydre Antra’, lampu nyalaan siang LED dan lampu belakang dengan rekaan yang sama dengan 208.

Peugeot 2008 Facelift Preview 13

Rekaan kabin tidak banyak berubah namun senarai kelengkapan bagi kedua-dua kokpit kini bertambah dengan penghawa dingin dwi zon, tempat duduk modular, skrin HD 7 inci serta sistem bunyi Arkhamys 3D dengan enam pembesar suara. 2008 juga didatangkan dengan bumbung panoramik dengan lampu mood LED berwarna biru.

Peugeot 208 Facelift Preview 04

Kedua-dua 208 dan 2008 menampilkan ciri-ciri keselamatan yang sama iaitu enam beg udara, ABS, Electronic Brake Distribution (EBD), Emergency Brake Assist (EBA), Anti-Skid Regulation (ASR), Dynamic Stability Control (DSC), Hill Start Assist dan ISOFIX. Kedua-dua model juga mendapat penarafan lima bintang dari Euro NCAP.

Peugeot 2008 Facelift Preview 09

Previous post

Tonton Saigan Tesla Di CES 2017

Next post

3 ANG POWer & Drive Safe Service Promosi TBC Dari Chevrolet Penuh Dengan Tawaran

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *