Apakah Yang Seterusnya Untuk Volkswagen Group?
Volkswagen masih belum selamat 100%. Syarikat itu akan menghadapi siasatan jenayah dan ratusan, jika tidak ribuan, tindakan undang-undang. Keadaan global masih bergerak menentang VW Group, di mana kini terdapat kira-kira 10,000 pemilik kereta VW di UK menyaman untuk pampasan.
Keraguan memenuhi penjelasan syarikat yang hanya nenerapa juruteknik sahaja yang terlibat tanpa pengetahuan pihak pengurusan kanan.
Untuk menyusun semula imej, Volkswagen memeluk kenderaan tanpa pelepasan dan mempunyai sasaran yang tinggi untuk menjual sebanyak 3 juta kereta elektrik setahun sebelum tahun 2025, kira-kira satu perempat daripada penghantaran tahunan. Untuk pelaburan dalam teknologi baru, termasuk ciri-ciri pandu sendiri, Volkswagen perlu memerah konsesi daripada kesatuan yang kuat, yang menuntut jaminan kerja sebagai balasan. Kejayaan bergantung kepada Volkswagen mengimbangi antara membersihkan masa lalu dan melabur untuk masa depan.
Di Volkswagen, krisis ini membuka pintu untuk perubahan arah yang sebenar.
No Comment