CMRT Eurasia dan Aston Martin Komited Kepada GT Asia
Juara bertahan iaitu Racing Absolute merupakan pasukan pertama yang mengumumkan penyertaan mereka dalam musim terbaru kejohanan ini, namun mereka akan menghadapi tentangan sengit dari sebuah pasukan yang pernah menjadi juara GT Asia pada tahun 2010 bersama dengan pengeluar yang semakin meningkat naik – Aston Martin.
Pasukan yang dimaksudkan adalah CMRT Eurasia yang terdiri dari James Cai dan Kenneth Lim. Mereka akan mengendalikan jentera Aston Martin Vantage GT3 bagi musim 2017 yang akan membuka tirainya di Malaysia.
Musim terbaru itu akan bermula pada awal Mac dengan sesi latihan rasmi selama dua hari (7 – 8 Mac) di Litar Antarabangsa Sepang, dikuti dengan dua pusingan pertama di litar yang sama pada 10 – 12 Mac.
No Comment