Dodge Challenger SRT Demon – 200kg Lebih Ringan Berbanding Hellcat
Pengeluar kereta ‘muscle’ terkenal, Dodge telah menghasilkan dua video teaser bagi model terbaru yang akan datang iaitu Challenger SRT Demon. Ia bakal menggantikan Hellcat sebagai model ‘flagship’ jenama itu.
Tidak banyak maklumat yang didedahkan namun kedua-dua video menunjukkan apa yang peminat boleh jangkakan daripada model baru tersebut.
Video pertama yang bertajuk ‘Cage’ menunjukkan seekor kucing neraka (Hellcat) bertukar menjadi syaitan (Demon), manakala video kedua pula menunjukkan proses pengurangan berat yang dilalui oleh model itu. Menurut Dodge, Challenger SRT Demon adalah 90 kg lebih ringan berbanding Hellcat.
Info mengenai enjin juga masih belum diketahui, namun jika dilihat pada Challenger SRT Hellcat yang mempunyai 707 hp hasil dari enjin supercaj 6.2 V8, kami menjangkakan jumlah kuasa yang lebih ‘gila’ dengan Demon.
No Comment