Gaya Hidup / Lifestyle

Jangan Memandu Lebih Laju Daripada Pendalaman Pengalaman Anda

Memandu laju adalah masalah yang besar di kalangan pemandu muda hari ini. Mereka seolah-olah tidak memahami bahawa mereka tidak (atau belum lagi) mempunyai kemahiran yang diperlukan untuk memandu kereta pada kelajuan tinggi atau mengeksploitasi had kereta di jalan awam.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Tambahan pula, remaja hari ini terasa keperluan untuk menunjuk kepada rakan-rakan dengan membawa laju terutama sekali jika mereka sudah beberapa jam memandu maya menggunakan konsol permainan atau komputer riba mereka. Masa tindak balas yang diperlukan, untuk memandu kereta dengan begitu laju, adalah sengit dan memerlukan tumpuan sepenuhnya. Di samping itu, pemandu mesti cukup berpengalaman untuk memahami bagaimana kereta itu akan bertindak balas, apabila memandu laju. Pemandu perlu mampu untuk menjangka dan bertindak balas terhadap perubahan keadaan jalan raya. Pemandu remaja biasanya tiada kemahiran ini langsung dan akibatnya mereka mengalami kadar kemalangan yang lebih tinggi yang berkaitan dengan memandu laju.

 

Previous post

Tiga Sekeluarga Rentas 6 Sempadan Indochina Dengan SYM Sport Rider 125i dan VTS200

Next post

Tonton Video Honda CR-V 2017

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *