Motosikal / Skuter / Roda

Pemenang Cabutan Bertuah Bawa Pulang Honda EX5

Boon Siew Honda telah mengumumkan seramai 46 pemenang dalam cabutan bertuah kad pengguna (User Card) tahunannya. Hadiah utama iaitu sebuah motosikal EX5 Dream Fi dimenangi oleh seorang pelanggan bertuah dari Melaka.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Lain-lain hadiah termasuklah 10 baju hujan Honda, 10 topi keledar Honda serta 20 baucar makan bernilai RM50 setiap satu. Kesemua pemenang akan dihubungi oleh pengedar masing-masing bagi mengambil hadiah.

“Maklum balas pelanggan adalah sangat penting bagi Honda. Pada masa kini, ia merupakan pasaran berorientasikan pelanggan di mana pelanggan memegang kuasa bagi menentukan produk mana yang sesuai untuk mereka,” Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Boon Siew Honda, Nobuhide Nagata berkata.

Dealer representative to draw lucky winner

Proram cabutan bertuah kad pengguna itu diperkenalkan pada tahun 2013. Sejak itu, lebih dari 500 hadiah termasuk tujuh buah motosikal Honda baharu telah diberi kepada pelanggan. Buat masa ini, terdapat dua cabutan setiap tahun bagi kad pengguna yang terkumpul.

Untuk menyertai, pelanggan yang membeli motosikal Honda baharu perlu mengisi borang kad pengguna dan mengirimkannya ke Boon Siew Honda (bayaran pos dikecualikan).

 

Previous post

Bagaimana Nissan GT-R 2017 Di Bina

Next post

Mercedes-Benz Mula Pengeluaran E-Class Coupe Baharu

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *