Zhuhai Sertai Kalendar Siri TCR Asia Musim 2017
Promoter Siri TCR Asia iaitu WSC Asia Limited telah menyelaraskan semula kalendar perlumbaan musim 2017 bagi memberi ruang kepada acara ketiga di China iaitu di Zhuhai. Penyelarasan ini dilakukan sebagai respon kepada populariti kejohanan TCR yang semakin meningkat naik terutamanya di benua Asia.
“Kami pada asalnya menjadualkan Korea Selatan untuk sekali lagi menjadi tuan rumah TCR Asia, namun selepas pertimbangan teliti dengan mengambil kira kekurangan pasukan dengan jentera TCR dari negara itu buat masa ini, kami memilih untuk menyokong pasaran negara China yang sedang berkembang dengan memasukkan Zhuhai pada lewat April ini,” kata David Sonenscher dari WSC Asia Limited.
Siri TCR Asia musim 2017 akan dipertandingkan dalam 12 pusingan bermula di Litar Antarabangsa Sepang pada bulan Mac ini.
Kalendar TCR Asia 2017
Sesi ujian, 7-8 Mac – Sepang, Malaysia
Pusingan#1/#2, 10-12 Mac – Sepang, Malaysia
Pusingan#3/#4, 20-22 April – Zhuhai, China
Pusingan#5/#6, 23-25 Jun – Buriram, Thailand
Pusingan#7/#8, 7-9 Julai, Bangsaen, Thailand
Pusingan#9/#10, 4-6 Ogos – Zhejiang, China
Pusingan#11/#12, 1-3 September – Shanghai, China
No Comment