Boon Siew Lancar Honda Wave Dash Fi Limited Edition
Boon Siew Honda telah melancarkan Wave Dash Fi Limited Edition baharu, berikutan sambutan hebat yang diterima oleh EX5 Dream Fi Limited Edition yang diperkenalkan lewat tahun lalu.
Berbanding versi biasa, model edisi terhad ini didatangkan dalam warna hitam matte dihiasi dengan jalur merah pada bahagian badan serta roda untuk penampilan yang lebih segar.
Seperti yang dijangka, tiada perubahan dari segi teknikal. Wave Dash Fi dikuasakan oleh enjin empat lejang 109 cc dengan teknologi Programmed Fuel Injection (PGM-FI). Motosikal yang menerima status EEV itu mempunyai tahap penggunaan bahan api serendah 1.8 liter setiap 100 km.
Ia ditawarkan dalam dua varian: Type S dengan brek cakera tunggal (RM5,775.94) dan Type R dengan brek cakera depan belakang (RM6,040.94). Kedua-duanya didatangkan dengan jaminan pengeluar selama dua tahun atau 20,000 km.
No Comment