Berita Auto

Pagani Huayra Roadster Hanya Untuk Insan Terpilih

Ini adalah Huayra Roadster baru, projek paling kompleks yang pernah dilaksanakan oleh Horacio Pagani. Bakal diperkenalkan di Geneva Motor Show pada Mac ini, kereta eksotik ini direka menggunakan teknologi yang dipelajari dari model Huayra BC yang diperkenalkan setahun lalu.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Salah satu misi pembangunan Huayra Roadster adalah untuk mencipta sebuah kenderaan yang lebih ringan dengan casis yang lebih tegar berbanding model Coupe. Untuk itu, Pagani menggunakan gabungan bahan Carbo-Titanium dan Carbo-Triax HP52 yang dikatakan 52 peratus lebih tegar berbanding sebelum ini.

Pagani Huayra Roadster 02

Dengan berat kering 1,280 kg, Huayra Roadster juga 80 kg lebih ringan dari kembar Coupe-nya. Ini merupakan satu pencapaian yang mengagumkan buat Horacio Pagani, kerana selalunya roadster lebih berat jika dibandingkan dengan coupe.

Pagani Huayra Roadster 06

Huayra Roadster boleh didapati dengan dua jenis bumbung iaitu bumbung karbon dengen elemen kaca di tengah-tengah atau bumbung fabrik yang dipasang secara manual dan disimpan di dalam kereta jika tidak diperlukan.

Pagani Huayra Roadster 08

Sama seperti Huayra BC, model ini mempunyai 764 hp dan 1,000 Nm tork yang dihasilkan oleh enjin 6.0-liter V12 dwi turbo yang dikenali dengan kod M158. Unit yang dipadankan dengan transmisi AMT 7 kelajuan ini dihasilkan khas untuk Pagani oleh Mercedes-Benz.

Pagani Huayra Roadster 09

Walaupun masa pecutan dan kelajuan maksimum masih belum didedahkan, Pagani mengesahkan yang rekaan terbarunya mampu menghasilkan daya pecutan sisi (lateral acceleration) sehingga 1.8G. Antara faktor penyumbangnya adalah penggunaan sistem suspensi yang dihasilkan menggunakan aloi aluminium ringan yang dipanggil HiForg.

Pagani Huayra Roadster 07

Kuasa brek dibekalkan oleh Brembo dengan cakera karbon seramik bersaiz 380 mm dengan angkup empat dan enam omboh. Pembeli mempunyai pilihan untuk mendapatkan tayar Pirelli P Zero Corsa atau P Zero Trofeo R.

Pagani Huayra Roadster 03

Huayra Roadster dijual pada harga €2,280,000 (RM10.7 juta), namun itu tidak penting kerana kesemua 100 unit yang ditawarkan telah pun habis ditempah.

Previous post

Toyota Lancar Hilux 2.4G Limited Edition

Next post

Mitsubishi Motors Malaysia Tawar Bonus Wang Tunai Untuk Model Terpilih

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *