VW Golf GTI Kembali Dengan Harga RM235k
Bagi anda yang menunggu-nunggu akan kepulangan lagenda Volkswagen Golf GTI.
Ya, akhirnya ia kembali di bilik pameran selepas cuti yang panjang dan terdapat jumlah yang sangat terhad untuk dijual. Terdapat dalam warna putih dan merah sahaja dengan hanya unit yang terhad di Cergaz Autohaus SB di Damansara. (Lihat peta di bawah)
Dengan harga RM235,888 sebelum pendaftaran, cukai jalan dan insurans anda boleh menghubungi John Ling di 012-2.282.713.
Ianya datang dengan prestasi yang sensasi dengan pek prestasi yang disertakan. Di jalan raya GTI ini akan merasa jauh lebih cepat daripada angka yang dicadangkan yakni 0-100km dalam 6.5 saat bersamaan kelajuan tertinggi mengagumkan 155 bsj/ 248 km/j.
Hot hatch legenda ini telah hilang dari semua bilik pameran VW di seluruh negara dari tahun lalu lagi dan ini telah memaksa pembeli hot hatch di Malaysia beralih ke yang lain mengakibatkan mereka agak laris dijual. Sekarang, saingan pasaran ini akan kembali rata kerana kereta ini pasti akan habis dijual dalam beberapa hari ini.
No Comment