Berita Auto

Pusat 3S Volkswagen Tebrau Dilancarkan

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) dan WN Motorworld Sdn Bhd hari ini merasmikan pembukaan pusat 3S Volkswagen Tebrau di Johor Bahru.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

WN Motorworld telah melaburkan sebanyak RM1.5 juta ke bagi menaik taraf pusat tersebut yang kini menyediakan perkhidmatan dan sokong dari aspek jualan dan servis selepas jualan bagi pelanggan di sekitar Tebrau, Johor Bahru, Kota Tinggi, Pasir Gudang dan Wilayah Pembangunan Iskandar.

Volkswagen Tebrau 3S Centre (2)

Dengan keluasan 13,123 kaki persegi, bilik pameran Volkswagen Tebrau mampu menempatkan sehingga lapan buah kenderaan pada satu-satu masa, sementara pusat servis pula mempunyai tujuh bay servis yang dikendalikan oleh kakitangan berpengalaman dan terlatih. Selain itu, pusat ini juga dilengkapi dengan peralatan-peralatan yang disahkan oleh Volkswagen Germany.

Sementara itu, para pelanggan boleh menunggu di lounge yang menyediakan TV, WiFi dan sebuah cafe.

A total of 7 service bays

Bahagian jualan Volkswagen Tebrau dibuka setiap hari dari 9 pagi hingga 7 petang manakala servis selepas jualan boleh beroperasi dari Isnin hingga Sabtu dari 8.30 pagi hingga 5.30 petang, dan ditutup pada cuti umum.

Untuk mereka yang berdekatan, pusat 3S Volkswagen Tebrau akan mengadakan rumah terbuka pada 4 – 5 Mac dan 18 – 19 Mac dengan aktiviti menarik untuk seisi keluarga termasuk sesi uji pandu dan pertandingan mewarna.

Showroom displays up to 8 cars

Alamat: PTD 162998, No. 3 Jalan Harmonium 24/1, Taman Desa Tebrau, 81100, Johor Bahru, Johor

Telefon: Bilik Pameran: 07-364 8337 / Selepas jualan: 07-364 9696

 

Previous post

Honda Failkan Paten Kereta Sport Mirip Project 2&4

Next post

Land Rover Discovery 2017 Sedia Untuk Ujian Padang Pasir Utah

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *