Berita Auto

Land Rover Discovery 2017 Sedia Untuk Ujian Padang Pasir Utah

Dalam masa beberapa hari lagi, kami akan terbang ke Utah bagi sesi uji pandu Land Rover Discovery serba baharu. Model generasi kelima itu membawa banyak perubahan dan penambahbaikan berbanding versi terdahulu dan sudah pastinya kami mempunyai jangkaan yang tinggi terhadap SUV tersebut.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Pertama sekali, Discovery baharu menggunakan platform aluminium yang sama dengan Range Rover dan Range Rover Sport, menjadikannya 480 kg lebih ringan serta lebih cekap bahan api berbanding Discovery 4. Walaupun begitu, dengan berat melebihi 2.1 tan, ia masih sebuah SUV yang berat.

2017 Land Rover Discovery 02

Kemampuan off-road Discovery dijangka bertambah baik dengan adanya sistem Terrain Response 2 yang bertanggungjawab mengoptimumkan tindak balas pendikit serta ciri penukaran gear. Selain itu, SUV itu juga boleh bergerak pada kelajuan merangkak secara autonomous dengan bantuan All-Terrain Progress Control.

2017 Land Rover Discovery 03

Dengan ‘ground clearance’ sebanyak 283 mm dan ‘wading depth’ sedalam 900 mm, Discovery tidak mempunyai masalah melalui permukaan lecak atau banjir. Ditambah pula dengan kapasiti menunda sehingga 3,500 kg, Discovery baharu lebih lasak berbanding sebelum ini.

2017 Land Rover Discovery 05

Ia menampilkan barisan enjin Jaguar Land Rover yang terdiri dari enjin diesel dan petrol termasuk enjin diesel 2.0-liter empat silinder Td4 dengan 180 PS, enjin dwi-turbo Sd4 yang menjana 240 PS dan 500 Nm, enjin enam silinder Td6 dengan 258 PS dan 600 Nm serta enjin supercaj 3.0-liter V6 dengan kuasa sebanyak 340 PS dan 450 Nm sebagai satu-satunya versi petrol yang ditawarkan. Kesemuanya dipadankan dengan transmisi automatik lapan kelajuan buatan ZF.

2017 Land Rover Discovery 06

Lain-lain, kami menjangkakan bahagian dalaman yang fleksibel dengan kapasiti sehingga tujuh penumpang dewasa. Antara ciri baru yang boleh didapati termasuklah teknologi Intelligent Seat Fold yang membolehkan tempat duduk barisan kedua dan ketiga dilipat secara automatik melalui aplikasi telefon pintar. Ia juga boleh dilipat melalui butang kawalan di belakang atau skrin sesentuh.

2017 Land Rover Discovery 07

Sistem infotainment InControl Touch Pro versi terkini merangkumi skrin sesentuh 10 inci yang bertujuan mengurangkan penggunaan butang pada konsol tengah, sekaligus menghasilkan imej yang bersih dan teratur.

2017 Land Rover Discovery 04

Discovery baharu juga dilengkapi dengan sambungan iOS dan Android, WiFi 3G serta sistem bunyi digital dengan 14 pembesar suara dan subwoofer dari Meridian.

 

Previous post

Pusat 3S Volkswagen Tebrau Dilancarkan

Next post

Adakah Ini Wajah Baru Mercedes?

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *