Tan Chong Group Catat Pengeluaran 1 Juta Kenderaan
Anak syarikat Tan Chong Group iaitu Tan Chong Motor Assemblies Sdn Bhd (TCMA) telah berjaya mencapai pengeluaran satu juta unit kenderaan Nissan di Malaysia pada bulan lepas.
Tan Chong Group memulakan operasinya di negara ini pada tahun 1957 dan meraikan ulang tahun ke-60 tahun ini.
“Sebahagian daripada kempen tawaran hebat ulang tahun ke-60 ini, kami menawarkan model terbaik kami; Almera 1.5L Automatic, dengan bayaran bulanan serendah RM600,” kata Pengarah Jualan dan Pemasaran ETCM, Christopher Tan.
Selain itu, ETCM juga akan menganjurkan Kempen Liga Juara-juara UEFA Nissan untuk tahun ketiga sepanjang bulan Mac dan April ini. Pelanggan yang membeli kenderaan Nissan berpeluang untuk memenangi percutian yang ditanggung sepenuhnya dan menikmati pengalaman menyaksikan perlawanan Liga Juara-juara UEFA secara langsung di Eropah.
Orang ramai juga dijemput untuk mengunjungi karnival pandu uji di bilik pameran dan siri jelajah untuk mencuba model-model Nissan, selain menyertai aktiviti-aktiviti yang menawarkan hadiah-hadiah menarik.
Tarikh dan lokasi siri jelajah Nissan adalah seperti berikut:
Tarikh dan lokasi karnival pandu uji di bilik-bilik pameran terpilih adalah seperti berikut:
Maklumat lanjut, layari laman web www.nissan.com.my atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan Nissan ETCM di talian 1800-88- 3838.
No Comment