Pelanggan Bertuah Bawa Pulang Angpow Terbesar dari Volkswagen
Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) menutup tirai kempen Tahun Baru Cina dengan penyampaian “Angpow Terbesar Tahun Ini” bernilai RM66,888 kepada seorang pelanggan bertuah pada hujung minggu lalu.
Mohammed Sohaimi, 53 tahun, yang berasal dari Kuantan layak menyertai kempen tersebut selepas membeli sebuah Vento 1.2 TSI.
“Saya amat terkejut dan bersyukur dengan kemenangan ini kerana saya tidak menjangkakannya. Saya bercadang untuk menggunakan wang kemenangan ini untuk membawa keluarga menunaikan umrah,” kata Sohaimi.
Kempen tersebut berlangsung dari 1 Januari sehingga 15 Februari dan terbuka kepada pelanggan yang membeli mana-mana kereta Volkswagen. Selain daripada hadiah utama tersebut, pelanggan yang membeli Volkswagen sepanjang kempen berjalan turut berpeluang mendapatkan angpow berjumlah RM388 sehingga RM1,288.
No Comment