Volkswagen Polo 1.6 Hatchback Kini Lebih Murah
Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) telah mengumumkan bahawa Polo 1.6 hatchback kini boleh didapati pada harga RM69,888, dengan ansuran bulanan sebanyak RM737.
Dipasang di kilang Volkswagen di Pekan, Polo menampilkan enjin 1.6-litre empat silinder MPI yang menghasilkan 105 PS dan 143 Nm tork, serta transmisi automatik enam kelajuan.
Antara kelangkapan yang ditawarkan termasuklah radio RCD 330G dengan fungsi Bluetooth, USB, iPod serta penyambungan MirrorLink. Ia juga dilengkapi dengan dua beg udara, ABS dengan Brake Assist, Isofix dan sebagainya.
Volkswagen Polo membuat penampilan pertamanya pada tahun 2014, diikuti dengan versi facelift pada tahun berikutnya. Sebelum ini, model ini ditawarkan pada harga RM76,888.
No Comment